- Berita
- Berita Auto
- Laluan Percubaan & Bas Perantara MRT Baharu Dari Selayang-Metro Prima Mula Isnin Depan
Laluan Percubaan & Bas Perantara MRT Baharu Dari Selayang-Metro Prima Mula Isnin Depan

Rapid KL telah membuat pengumuman bahawa laluan bas perantara MRT terbaru dan percubaan perkhidmatan bas T152 ke Metro Prima akan dimulakan pada 23 Oktober (Isnin) depan.
Bas percubaan tersebut akan menghubungkan stesen MRT Laluan Putrajaya di Metro Prima, Kepong dengan 99 Wonderland Park di Pusat Bandar Utara Selayang, laluan sama akan melalui beberapa kawasan berkepadatan tinggi, antaranya adalah seperti yang berikut:
- Residensi Fortune Perdana
- Residensi Kepongmas
- Taman Kepong Indah
- Selayang Mall
- Selayang Jaya
- Taman Seri Melati
- Pangsapuri Taman Wilayah Selayang
- Lakepark Residence

Bas akan meneruskan perjalanan dan melalui kawasan sama selepas 99 Wonderland Park, namun dari arah bertentangan. Kawasan yang akan dilalui bas T152 sebelum kembali ke stesen MRT Metro Prima adalah termasuk yang berikut:
- FRIM
- Taman Daya
- Taman Usahawan Kepong
Waktu operasi bas perantara ini adalah dari jam 6.00 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan 30 minit pada waktu puncak dan 40 minit di luar waktu puncak. Caj tambang adalah dari RM1 hingga RM1.50.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv