Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Model GWM Bakal Dipasang CKD, Kerjasama Dengan EPMB

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Web_CariCarz_GWM-EPMB-MoU-CKD-2.jpg


GWM Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PEPS-JV (Melaka) Sdn Bhd, anak syarikat EP Manufacturing Berhad (EPMB) untuk tujuan pemasangan dan pengeluaran tempatan di Malaysia.


MoU ini menandakan kerjasama yang lebih rapat antara kedua-dua pihak untuk mencapai perjanjian muktamad dalam tempoh tiga bulan akan datang, dengan tujuan memberikan peranan penting kepada EPMB  untuk pemasangan tempatan beberapa model GWM yang terpilih. 


Web_CariCarz_GWM-EPMB-MoU-CKD-1.jpg


Kenderaan yang terlibat dalam kerjasama ini adalah model-model SUV, kereta pikap dan kenderaan elektrik (EV) terkini GWM. Kolaborasi ini melambangkan langkah strategik dalam memajukan pemasangan kenderaan tempatan, seiring dengan visi kerajaan Malaysia untuk meningkatkan keupayaan dalam industri automotif dan memberi sumbangan yang signifikan kepada pertumbuhan sektor ini di Malaysia.


Sekiranya kedua-dua pihak mencapai kata sepakat, EPMB merancang untuk memulakan kerjasama ini bermula tahun 2024. Dalam jangka masa ini, dijangkakan pengeluaran kenderaan GWM oleh EPMB akan meningkat secara berperingkat setiap tahun sehingga mencapai 20,000 unit menjelang tahun 2028.

Web_CariCarz_GWM-EPMB-MoU-CKD-3.jpg

Tag:

GWM Malaysia
EP Manufacturing Berhad (EPMB)
EPMB
Memorandum Persefahaman (MoU)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Berita Auto

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Berita Auto

GWM Haval H6 HEV

Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.

13-03-2026
Berita Auto

"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

07-03-2026
Berita Auto

Dalam Seminggu, 800 Unit Wey G9 Hi4 Sudah Ditempah

Tempahan WEY G9 Hi4 PHEV yang baharu sahaja dilancarkan telah mencecah lebih 800 buah dalam tempoh seminggu.

11-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026