Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

M'sia Mahu Galakkan Orang Beli Motosikal Elektrik, Sanggup Tawar Rebat

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Insititut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menyambut baik dengan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang dibentangkan pada Belanjawan 2024, minggu lepas.

Skim itu adalah untuk mereka yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah  dan turut ditawarkan ialah pemberian rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli.


image.png

Bercakap mengenai skim itu, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz turut memuji langkah yang diperkenalkan kerajaan.

“Ia  merupakan satu langkah penting dalam pembangunan teknologi serta aktiviti perniagaan tempatan berkaitan EV. 

“Inisiatif ini dijangka akan meningkatkan permintaan dan penggunaan motosikal elektrik selaras dengan sasaran kerajaan untuk mencapai 15% jumlah jualan motosikal EV menjelang tahun 2030,” katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Menurutnya,  skim itu akan lebih menggalakan penggunaan motosikal EV dan secara tidak langsung membina keyakinan masyarakat terhadap penggunaan motosikal EV di Malaysia

Dalam pada itu, MARii turut menyokong pembuatan dan pemasangan EV dan Kenderaan Autonomi (AV) di negara ini melalui ekosistem yang sedia ada yang merangkumi aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi pembuatan komponen penting. 

“Kesediaan infrastruktur, teknologi, bakat dan sokongan kerajaan serta industri sokongan yang mantap seperti elektrikal dan elektronik (E&E) dan pengeluar komponen dalam rangkaian pembuatan bateri EV merupakan penyumbang utama Malaysia sebagai hab bagi industri EV.

image.png

“MARii turut menyokong pembangunan ekosistem EV yang komprehensif ini melalui kerjasama dengan pemegang taruh seperti pengeluar kereta, pemasangan motosikal, pembuat kenderaan komersial, penyedia pusat pengecasan dan pengeluar komponen tempatan. 

Usaha ini turut disokong melalui penubuhan Pusat Kecemerlangan Industri Masa Depan, Pusat Simulasi dan Analisis MARii, Pusat Prototaip Reka Bentuk dan Kejuruteraan MARii, dan Akademi Teknologi MARii yang berperanan untuk mempertingkatkan keupayaan dalam ekosistem automotif Malaysia

Sehubungan itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan MARii akan terus bekerjasama dalam merealisasikan usaha pembangunan Ekonomi MADANI, Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat.

Gallery

Tag:

Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton Jalin Kerjasama Dengan MARii Bangunkan Pusat NATC

PROTON memeterai perjanjian dengan MARii untuk membangunkan Pusat Ujian Automotif Nasional (NATC).

21-11-2025
EV

Jualan Motosikal Elektrik Melonjak Tapi Malangnya Bukan Ramai Guna Untuk Kegunaan Harian

Jualan motosikal elektrik mencanak berbanding lima tahun lepas.

23-09-2024
Berita Auto

Lebih 45 Kereta, Motosikal Bakal Dilancar

Jom serbu MAS 2024 pada minggu ini.

20-05-2024
EV

ACO Tech, Geno, MARii Berkolaborasi Teroka Teknologi Blockchain Untuk Ekosistem EV

Tiga organisasi bergabung tenaga dalam penerokaan penyelesaian blockchain untuk infrastruktur kenderaan elektrik (EV) tempatan di Malaysia.

19-02-2024
Berita Auto

MAS 2024: Kali Ini Ada 2 Tempat Acara

MAS 2024 kembali lagi pada Mei depan.

12-12-2023
Berita Auto

MARii Mahu Tingkatkan Kerjasama Industri Automotif

MARii) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif Indonesia (IOI).

21-09-2023
Berita Auto

MARii Dedah Rancangan Pembangunan Industri EV Malaysia

Institut Automotif, Robotik, dan IoT Malaysia (MARii) menyasarkan untuk membangunkan industri EV yang kompetitif dan mampan.

15-05-2023
Berita Auto

Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran

Pameran permotoran, Malaysia Autoshow (MAS) kini kembali! Baca panduan pengunjung ini untuk memudahkan anda.

02-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026