- Berita
- EV
- Pengecas DC 120kW Kini Di smart Penang - Terpantas Di Penang, RM1.60/Min
-full_normal.webp)
Pro-Net telah melancarkan aplikasi Hello smart pada bulan September lalu sebagai salah satu sistem untuk memudahkan pelanggan EV smart memanfaatkan pelbagai ciri yang ditawarkan kenderaan. Kali ini, fungsi aplikasi Hello smart diperluaskan dengan ciri pencarian lokasi pengecas EV smart.
Ciri pencarian pengecas EV ini diwujudkan dengan kerjasama tiga syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) iaitu Gentari, Yinson dan EVC. Pengguna juga boleh membuat pembayaran melalui aplikasi yang sama.
-full.webp)
Selain itu, Yinson Greentech (YGT) akan bertanggungjawab dalam usaha pemasangan kemudahan pengecas pantas DC di pusat-pusat pengedaran smart. Hal ini didedahkan oleh smart Penang - Eleganz Lifestyle melalui satu perkongsian foto di Facebook rasminya yang memaparkan sebuah pengecas DC dengan dua kabel sambungan di cawangan tersebut.
-full_normal.webp)
Berdasarkan maklumat daripada smart Penang dan Plugshare, pengecas DC yang terletak di lokasi beralamat 169, Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang adalah lokasi pengecas dengan kapasiti tertinggi di Pulau Pinang. Pengecas ini boleh dimanfaatkan oleh bukan sahaja pengguna smart tetapi juga jenama lain.
Pengecas DC 120kW smart Penang - Eleganz Lifestyle boleh diakses melalui aplikasi Hello smart dan ChargEV 24/7. Setiap sambungan pada pengecas DC dua kabel ini mampu mengeluarkan kuasa sebanyak 120kW namun kuasa yang diagihkan lebih rendah apabila digunakan oleh dua EV serentak.
-full_normal.webp)
Bayaran yang dikenakan adalah berdasarkan tempoh masa pengecasan pada kadar RM1.60/minit. Menurut smart, #1 boleh dicas daripada 10-80% dalam masa hanya 30 minit menggunakan pengecas ini.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
