- Berita
- EV
- Pengecas DC Kempower 200kW Di UOA Business Park Kini Beroperasi
-full_normal.jpg)
Berita baik untuk pengguna kenderaan elektrik (EV) di sekitar Sunway, Glenmarie, stesen pengecasan pantas DC Kempower BMW Handal di UOA Business Park Glenmarie kini sudah mula beroperasi. Stesen pengecasan ini boleh diakses dengan mudah melalui Lebuhraya Persekutuan atau laluan belakang Glenmarie.
Fasiliti pengecasan ini terletak dalam kawasan bangunan UOA dan boleh diakses melalui sistem parkir berbayar di mana pengguna akan dikenakan bayaran RM2/jam pada hari bekerja dan bayaran tetap RM3 pada hujung minggu.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Sebanyak 4 unit pengecas satelit Kempower disediakan di sini dengan jumlah kuasa sebanyak 200kW. Pengecas ini menggunakan sistem pembahagian kuasa inovatif yang boleh menyalurkan kuasa berdasarkan tahap cas kenderaan secara serentak kepada keempat-empat nozel.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Bayaran yang dikenakan di stesen pengecasan ini ditetapkan pada RM1.50/kWh, dan pembayaran boleh dilakukan dengan mudah menggunakan kad debit atau kredit, Google Pay, Apple Pay, Samsung Pay, atau aplikasi JomCharge atau chargEV.
Stesen pengecasan DC Handal lain yang sudah beroperasi sebelum pelancaran rasmi adalah di The Vertical, The Sphere dan Bamboo Hills.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv