Link Copiedcheck_circle
EV

Pengecas EV Gentari Hentian Behrang Dilancarkan – Guna Sistem Simpanan Kuasa Bateri (BESS)

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Gentari-Behrang-Caricarz-(3).jpg


Gentari Sdn Bhd (Gentari) bersama-sama dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah melancarkan Stesen Pengecas Pantas EV Modular Mudah Alih di Hentian Sebelah Behrang (Arah Utara), Perak. 


Pengguna EV boleh memanfaatkan kemudahan pengecas yang terdiri daripada dua unit modul cas pintar DCFC Kempower yang masing-masing boleh menyalurkan kuasa 100kW (50kW setiap modul). Namun buat masa ini, pengecas yang disediakan masih belum boleh diakses melalui aplikasi mudah alih JomCharge kerana masih diuji. 


image-(19).jpg


Stesen pengecasan ini tampil dengan ciri inovatif kerana digabungkan dengan panel solar dan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), teknologi yang pertama seumpamanya di Malaysia. Teknologi sama akan diperluaskan lagi secara berperingkat bermula tahun ini hingga 2024. Kesemua tapak pengecas EV itu nanti akan menawarkan kuasa pengecasan DC sehingga 200 kW. 


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility Sdn Bhd, Shah Yang Razalli, berkata "Stesen ini dikuasakan oleh tenaga solar, dan disokong oleh BESS bagi mengurangkan kesan ke atas grid kuasa.Inisiatif ini diformulasikan selepas mengkaji cabaran berkaitan ketersediaan tenaga elektrik yang memerlukan masa yang lebih lama untuk dilaksanakan.”


Gentari-Behrang-Caricarz-(5).jpg


Selain itu, pengecas AC sedia ada di stesen minyak PETRONAS  di R&R PLUS akan dinaiktaraf menjadi titik DCFC. Gentari juga akan menubuhkan titik pengecasan DCFC baharu di PETRONAS di sepanjang lebuh raya PLUS dan lokasi sekitar menjelang tahun 2024. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada pengguna EV yang melakukan perjalanan antara negeri.


Gentari-Behrang-Caricarz-(2).jpg


Sejak diperkenalkan pada Jun 2022, Gentari telah menyediakan lebih daripada 180 titik pengecasan di Malaysia dan lebih daripada 160 titik pengecasan di India, dengan sasaran untuk menjadi rakan penyelesaian tenaga bersih utama di rantau Asia Pasifik menjelang tahun 2030. 

Tag:

Lebuh Raya PLUS
Hentian Sebelah Behrang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cuti Sekolah: 2.2 Juta Kenderaan Banjiri PLUS

Amaran Trafik PLUS: 2.2 Juta Kenderaan Banjiri PLUS.

27-08-2026
Berita Auto

Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora

WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.

25-08-2026
Berita Auto

Jangan Tersangkut 12 Jam! PLUS Jangka 2.3 Juta Kenderaan 'Serbu' Lebuhrayanya– Ini Tarikh Perlu Elak

PLUS menjangkakan gelombang trafik luar biasa mencecah 2.3 juta kenderaan sehari pada waktu puncak sambutan Aidilfitri minggu depan.

13-03-2026
Berita Auto

Cuti 4 Hari Tamat, Ramai Mula Pulang Ke Ibu Kota Sebab Esok Kerja!

Kebanyakan golongan ibu bapa yang sudah mula bekerja semula mulai esok, menyebabkan aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan sejak petang tadi.

16-09-2025
Berita Auto

Harap Maklum! Tiada Tol Untuk Penunggang Motosikal, Rupanya Maklumat Palsu!

LLM menggesa orang ramai, khususnya pengguna lebuh raya bertol, agar tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat palsu.

11-08-2025
Berita Auto

Tragedi Terowong Menora: 2 Maut

Dua beranak terkorban dalam kemalangan di Terowong Menora.

31-03-2025
Berita Auto

PLUS Bakal Uji Sistem MLFF Pada April Ini

Buat masa ini, sistem akhir yang akan diguna pakai masih tidak diketahui lagi.

12-02-2025
Berita Auto

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026