Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Hentikan Pengeluaran Exora

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluaran Proton Exora ditamatkan secara rasmi selepas 14 tahun berada di pasaran tempatan namun Proton masih berkunci mulut tanpa memberi sebarang kenyataan .

Perkara itu mula tersebar selepas beberapa gambar di internet menunjukkan unit terakhir Exora sedang disiapkan.

Tertera perkataan: 14 years, Last MPV Exora, #196583, 18/10/23 TQ Proton! di bahagian hadapan bonet unit terakhir Exora terbabit.

image.png

Sebaliknya sehingga hari ini, Proton masih belum mendedahkan sebarang kenyataan rasmi berhubung laporan berkenaan.

Untuk makluman anda, Proton Exora adalah antara model terlaris Proton sejak ia dilancarkan pada April 2019.

Sepanjang tempoh 14 tahun ini, sebanyak 196, 583 unit Exora terjual. Model ini agak laku keras memandangkan harganya yang cukup berpatutan.

image.png

Pada tahun lepas, Proton Exora 2023 dilancarkan ke pasaran tempatan.

Ia didatangkan dengan dua varian:

1. 1.6T Executive CVT (RM62,800 )

2. 1.6T Premium CVT (RM69,800)

Proton Exora 2023 didatangkan dengan enjin pengecas turbo 1.6 liter yang dipasangkan dengan transmisi CVT, yang menjana kuasa 140PS dan tork 205Nm.

Ia boleh didapati dalam lima warna iaitu Snow White, Indiana Grey, Rosewood Maroon, Ruby Red & Cocoa Grey.

Apapun, Proton Exora tetap berada di hati rakyat Malaysia!

image.png

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026