Link Copiedcheck_circle
EV

Pusat Pengalaman Tesla Bakal Dibuka Di Pavilion Damansara Heights Mall

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tesla-Pavilion-Damansara-(6).JPG


Tesla Malaysia kini sedang membangunkan pusat pengalaman keduanya di Damansara, Kuala Lumpur. Pusat pengalaman baharu ini bakal dibuka di aras 2 di pintu masuk Damansuria, Pavilion Damansara Heights Mall yang baru dibuka. 


Fasiliti yang bakal dibuka akhir bulan ini akan berfungsi sebagai pusat sehenti bagi pelanggan yang berminat dengan dua model Tesla yang kini ditawarkan di pasaran Malaysia iaitu Model Y dan Model 3


Tesla-Pavilion-Damansara-(5).JPG


Pelanggan boleh melihat model Tesla dengan lebih dekat sebelum membuat keputusan pembelian, sama seperti yang ditawarkan di pusat pengalaman Tesla yang pertama di Cyberjaya. Bagaimanapun, urusan pembelian kenderaan Tesla hanya boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi Tesla Malaysia.


Selain itu, stesen pengecasan destinasi Tesla (bukan Supercharger) juga bakal ditempatkan di Pavilion Damansara Heights. Terletak di aras parkir, B1, sebanyak sembilan pengecas destinasi Tesla disediakan, dengan hanya lima daripadanhya boleh digunakan oleh pemilik Tesla dan empat lagi dikhaskan untuk kegunaan dalaman.


Tesla-Pavilion-Damansara-(3).JPG
Tesla-Pavilion-Damansara-(1).JPGTesla-Pavilion-Damansara-(2).JPG


Sama seperti stesen pengecasan Supercharger Tesla yang baru dibuka di Sunway Pyramid, pengecas destinasi ini hanya dibuka kepada pemilik Tesla, bermakna pengguna EV jenama lain tidak  dapat memanfaatkan pengecas ini.


Tesla-Pavilion-Damansara-(4).JPG


Untuk maklumat pembaca, Tesla Malaysia sebelum ini pernah mengumumkan untuk membuka 30% daripada 50 Supercharger terawal yang didirikan untuk kegunaan pelbagai jenama. Memandangkan pengecas Tesla kali ini tidak dibuka kepada jenama lain, kita nantikan bagaimana pula dengan pengecas Tesla lain yang akan dilancarkan pada masa akan datang. 

Tag:

Pusat Pengalaman Tesla
Tesla Pavilion Damansara
Pavilion Damansara
Tesla Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Pusat Pengalaman Tesla Pavilion Damansara Kini Dibuka – Pandu Uji Model Y & 3 Bakal Ditawarkan!

Tesla Malaysia telah merasmikan pembukaan pusat pengalaman baharu.

23-10-2023
EV

Pusat Pengalaman Tesla Pavilion Damansara Kini Dibuka – Pandu Uji Model Y & 3 Bakal Ditawarkan!

Tesla Malaysia telah merasmikan pembukaan pusat pengalaman baharu.

23-10-2023
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
Kereta Baru

Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard.

23-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

Empat Pengecas Pantas Tesla Supercharger V4 Kini Di Pavilion Damansara Heights

Tesla Malaysia memperluaskan jaringan pengecasan pantasnya dengan melancarkan stesen pengecasan pantas Supercharger V4 baharu yang terletak strategik di Pavilion Damansara Heights.

21-10-2025
Kereta Baru

Tesla Model 3 LR RWD Dilancarkan Di Malaysia – Cecah 750 KM, Dari RM185,000

Tesla dalam diam menawarkan varian baharu untuk Model 3 di Malaysia, iaitu varian Long Range Rear-Wheel Drive (LR RWD). Kini, model ini tersedia untuk konfigurasi atas talian bermula dari RM185,000.

03-10-2025
Berita Auto

Tesla Hantar Kereta Ke-10,000 Kepada Pembeli

Dua tahun sejak penubuhannya, Tesla Malaysia kini mencapai satu pencapaian baharu dengan menyerahkan kenderaan yang ke-10,000, baru-baru ini.

29-09-2025

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026