Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tiada Lagi Bentayga Speed W12

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selamat tinggal Bentayga Speed W12! Ini kerana Bentley akan menghentikan pengeluaran enjin  W12 buatan tangan kerana mahu menumpukan kepada elektrifikasi.

Untuk itu, Bentley Kuala Lumpur menyampaikan model terakhir Bentayga Speed W12 untuk pasaran tempatan 

Difahamkan, tempahan untuk model ikonik ini sudah pun ditutup pada Julai lepas.

Sebelum ini, ia dianggap Bentayga paling berkuasa kerana hadir dengan nadi W12 berkapasiti 6.0 liter turbo berkembar yang mampu menjana 626 hp dan daya kilas 900 Nm.

Ia mampu memecut dari  0-100 km/j hanya dalam 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 306 km/j.

Biarpun, ia menggunakan kuasa sebanyak itu untuk memecut namun  Bentayga Speed masih mengekalkan pemanduan yang cukup selesa.

image.png

Ini ada kaitan dengan Dynamic Ride anti-roll system, ia sebenarnya membantu menstabilkan kabin walaupun ketika kereta membelok.

Ia yang dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda (AWD) Torsen dan sistem stereng semua roda canggih,  sebenarnya memberi keseimbangan sempurna antara pemanduan dinamik dan keselesaan pemanduan.

image.pngimage.png

Dari segi luaran, Bentayga Speed dilengkapi dengan spesifikasi Blackline menggantikan komponen krom dengan kemasan hitam berkilat atau gentian karbon.

Ia juga dipadankan dengan lampu depan LED berwarna gelap, serta rim aloi rona hitam berkilat 22 inci dengan kaliper brek merah.

image.png

Sebagai standard, Bentayga Speed ditawarkan  sehingga 17 warna standard, selain daripada 47 yang disediakan oleh kedua-dua rangkaian Extended dan Mulliner, serta 24 pilihan warna  dua tona.

Dalam kabin pula, Bentayga Speed dibalut dengan balutan Alcantara pada stereng, pelapik kepala, tiang, serta kusyen tempat duduk.

image.pngimage.png

Bercakap mengenai tempat duduk, keempat-empat tempat duduknya didatangkan standard dengan sulaman Speed, manakala kemasan Alcantara dipadankan dengan upholsteri kulit yang lebih mewah dari pakej Spesifikasi Pemanduan Mulliner.

image.pngimage.png

Selain tempat duduknya, kemasan yang sama juga boleh dilihat pada panel pintu Bentayga. 

Apapun, p Bentley akan menghentikan pengeluaran enjin bentangan W12 pada April 2024.

image.png

Pada masa itu, lebih daripada 100,000 unit enjin W12 buatan tangan dikeluarkan di kilang Dream Factory Bentley di Crewe, England.

Gallery

Tag:

Bentayga Speed
Bentley Motors
Bentley Kuala Lumpur
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi
Bentley Sanggup Buat Pelaburan Besar Demi Tingkatkan Kapasiti AM

Bentley Sanggup Buat Pelaburan Besar Demi Tingkatkan Kapasiti AM

Bentley Motors melabur sebanyak £3 juta (RM16.8 juta) untuk meningkatkan kapasiti Pembuatan Aditif.

06-04-2022
Berita Auto
Bentley Mulakan Operasi Pusat Ujiannya Sendiri

Bentley Mulakan Operasi Pusat Ujiannya Sendiri

Pusat Ujian Kejuruteraan (Engineering Test Centre) yang baru ditubuhkan Bentley Motors telah memulakan operasi.

14-02-2022
Berita Auto
Bentley Catat Prestasi Jualan Tinggi Walau Pandemik, Ini Angka Yang Berjaya Dicapai Di Seluruh Dunia

Bentley Catat Prestasi Jualan Tinggi Walau Pandemik, Ini Angka Yang Berjaya Dicapai Di Seluruh Dunia

Bentley Motors mengumumkan peningkatan jualan sebanyak 31 peratus bagi tahun 2021.

10-02-2022
Berita Auto
Peminat Kereta Berpeluang Menyaksikan Pelbagai Jentera Luar Biasa Bentley

Peminat Kereta Berpeluang Menyaksikan Pelbagai Jentera Luar Biasa Bentley

Pameran Minggu Kereta Monterey 2021 diadakan baru-baru ini.

08-10-2021
Berita Auto
Bently Dedah Imej Acah Continental GT Speed Baharu

Bently Dedah Imej Acah Continental GT Speed Baharu

Bakal dilancarkan tidak lama lagi ialah Bentley Continental GT Speed, sebuah kenderaan di jalan raya yang paling dinamik keluaran Bentley Motors pada tahun ke-101 sebagai sebuah syarikat gergasi automotif mewah.

19-03-2021
Kereta Baru
Bentley Continental GT Azure Kini Di Malaysia – Dari RM2.976 Juta

Bentley Continental GT Azure Kini Di Malaysia – Dari RM2.976 Juta

Bentley Kuala Lumpur (Wearnes Quest Sdn Bhd) telah menyambut kedatangan Bentley Continental GT Azure. Ini spesifikasinya...

30-04-2024
Kereta Baru
Kereta Kayangan Dah Sampai Tapi Malangnya Ada 1 Unit

Kereta Kayangan Dah Sampai Tapi Malangnya Ada 1 Unit

Malaysia cuma dapat satu unit Le Mans Collection.

09-02-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026