- Berita
- Kereta Baru
- Tiada Lagi Bentayga Speed W12
Selamat tinggal Bentayga Speed W12! Ini kerana Bentley akan menghentikan pengeluaran enjin W12 buatan tangan kerana mahu menumpukan kepada elektrifikasi.
Untuk itu, Bentley Kuala Lumpur menyampaikan model terakhir Bentayga Speed W12 untuk pasaran tempatan
Difahamkan, tempahan untuk model ikonik ini sudah pun ditutup pada Julai lepas.
Sebelum ini, ia dianggap Bentayga paling berkuasa kerana hadir dengan nadi W12 berkapasiti 6.0 liter turbo berkembar yang mampu menjana 626 hp dan daya kilas 900 Nm.
Ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 306 km/j.
Biarpun, ia menggunakan kuasa sebanyak itu untuk memecut namun Bentayga Speed masih mengekalkan pemanduan yang cukup selesa.
Ini ada kaitan dengan Dynamic Ride anti-roll system, ia sebenarnya membantu menstabilkan kabin walaupun ketika kereta membelok.
Ia yang dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda (AWD) Torsen dan sistem stereng semua roda canggih, sebenarnya memberi keseimbangan sempurna antara pemanduan dinamik dan keselesaan pemanduan.
Dari segi luaran, Bentayga Speed dilengkapi dengan spesifikasi Blackline menggantikan komponen krom dengan kemasan hitam berkilat atau gentian karbon.
Ia juga dipadankan dengan lampu depan LED berwarna gelap, serta rim aloi rona hitam berkilat 22 inci dengan kaliper brek merah.
Sebagai standard, Bentayga Speed ditawarkan sehingga 17 warna standard, selain daripada 47 yang disediakan oleh kedua-dua rangkaian Extended dan Mulliner, serta 24 pilihan warna dua tona.
Dalam kabin pula, Bentayga Speed dibalut dengan balutan Alcantara pada stereng, pelapik kepala, tiang, serta kusyen tempat duduk.
Bercakap mengenai tempat duduk, keempat-empat tempat duduknya didatangkan standard dengan sulaman Speed, manakala kemasan Alcantara dipadankan dengan upholsteri kulit yang lebih mewah dari pakej Spesifikasi Pemanduan Mulliner.
Selain tempat duduknya, kemasan yang sama juga boleh dilihat pada panel pintu Bentayga.
Apapun, p Bentley akan menghentikan pengeluaran enjin bentangan W12 pada April 2024.
Pada masa itu, lebih daripada 100,000 unit enjin W12 buatan tangan dikeluarkan di kilang Dream Factory Bentley di Crewe, England.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari