Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiada Permohonan Nak Bina Tol Di Genting Highlands

Suhana Veru

Kongsi melalui

 image.png

Kecoh pada minggu lepas, pengunjung Genting Highlands bakal dikenakan kutipan tol namun lain pula cerita  Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Ini kerana Pengerusi LLM,  Datuk Seri Jalaluddin Alias  menegaskan pihaknya masih belum menerima permohonan daripada mana-mana pihak berkaitan projek pembinaan plaza tol di Gohtong Jaya, Genting Highlands.

Sebaliknya, beliau mengakui kemungkinan besar masih tiada sebarang permohonan disebabkan  pembinaan itu dibuat diatas tanah persendirian.

image.png

Jadi, pihak berkenaan berkemungkinan besar berpendapat pihaknya tidak perlu membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri Pahang, Kementerian Kerja Raya (KKR) atau LLM.

“Tanah itu adalah tanah persendirian namun sebarang pembinaan masih lagi tertakluk kepada undang-undang. 

"Ingin ditegaskan pembinaan plaza tol itu tidak ada kena mengena dengan LLM. LLM juga tidak pernah menerima sebarang permohonan berkaitan pembinaan itu," katanya dalam satu kenytaaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sekiranya pihak berkenaan mahu meneruskan kerja pembinaan plaza tol, mereka perlu memohon mengikut prosedur yang sudah ditetapkan.

Pada minggu lepas, semua laman media sosial kecoh apabila ada desas-desus mengatakan bahawa plaza tol akan dibina di Gohtong, Genting Highlands dan hanya dikenakan bayaran ketika naik ke kawasan peranginan itu.

Malah berita viral  itu menjadi bualan ramai apabila ada gambar dan video dikongsikan itu memaparkan kerangka besi seolah-olah plaza tol masih dalam pembinaan.

image.png

Tidak lama kemudian, berita itu disahkan oleh jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd, bahawa syarikat terbabit akan mengendalikan tol tersebut.

Memetik laporan Sin Chew Daily, jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd berkata, syarikat itu akan mengendalikan tol, namun pemandu hanya dikenakan bayaran semasa ke Genting Highlands dan bukan ketika menuruni kawasan tanah tinggi tersebut.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat berkenaan tidak dapat mengesahkan tarikh pelaksanaan dan kadar tol yang akan dikenakan selain turut menepis dakwaan bakal berlakunya kutipan tol pada kadar RM2.50 dan RM3 bermula Jun 2024.

Jadi, lepas ini warga kota sudah jaranglah naik ke Genting Highlands sekadar untuk healing dan menikmati Starbucks.

Apa pula pandangan anda? Kongsikan.

Gallery

Tag:

Genting Highlands
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Lingkaran Cekap
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei

Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.

26-05-2026
Berita Auto

Awas,Jangan Terus Drive Ke Genting Mulai 2 April Ini, Tanpa Bawa Benda Ini

Ujian sistem bayaran jalan (tol) ke Genting Highlands bermula 2 April 2026 di Genting Sempah dan Gohtong Jaya. Ketahui syarat ujian, cara pembayaran, dan sebab pelaksanaan caj jalan persendirian ini di sini.

25-03-2026
Berita Auto

Caj Masuk Genting Highlands, KKR Masih Belum Terima Sebarang Dokumen

KKR mengesahkan pihaknya masih belum menerima sebarang kertas cadangan daripada Genting Malaysia Berhad berhubung kutipan tol untuk memasuki kawasan peranginan itu.

19-11-2025
Berita Auto

Genting Highlands Bakal Kenakan Tol? Salah, Rupanya Caj Dikenakan Ke Atas Kenderaan

Ahmad Maslan menjelaskan bayaran yang dikenakan di Jalan Genting Highlands bukan tol, sebaliknya caj ke atas kenderaan yang memasuki laluan bukit itu.

17-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Tanah Runtuh Genting Highlands? Jalan Utama Tidak Terjejas, Boleh Naik Macam Biasa!

Akses ke peranginan tanah tinggi itu melalui jalan utama Genting Highlands kekal terbuka sepenuhnya kepada orang awam.

20-01-2025
Berita Auto

Tiada Liputan Internet Di Lebuhraya, Pasukan Petugas Khas Bakal Selesaikan Masalah Tersebut

Lebih 50 kilometer jajaran lebuh raya dikenal pasti tidak mempunyai liputan telekomunikasi.

30-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026