Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Yaris Cross Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-YarisCross-Thailand-6.jpg


Toyota Yaris Cross (AC200) yang dibangunkan berdasarkan platform DNGA telah rasmi dilancarkan di negara jiran kita, Thailand. Dibangunkan khusus untuk rantau ASEAN, crossover kompak ini ditawarkan dalam tiga varian yang dikuasakan oleh enjin hibrid yang sama.


CIRI MEKANIKAL TOYOTA YARIS CROSS PASARAN THAILAND


Yaris Cross untuk pasaran Thailand dikuasakan oleh enjin 2NR aspirasi natural 4-silinder 1.5 liter, yang digabungkan dengan motor elektrik hibrid tunggal, memberikan kuasa sebanyak 90 HP (91 PS) dan tork 121 NM. Menurut Toyota, teknologi enjin yang digunakan ini mampu memberikan prestasi ekonomi bahan api yang baik iaitu 26.3 KM setiap liter atau 3.8 liter setiap 100 KM, menjadikannya salah satu kenderaan paling jimat bahan api dalam segmennya.



Toyota-YarisCross-Thailand-10.jpg


Sama seperti di pasaran Indonesia, Yaris Cross Thailand menggunakan sistem pacuan roda hadapan (FWD) dengan transmisi e-CVT, selain peredam (damper) dan brek sama. 


KELENGKAPAN SETIAP VARIAN TOYOTA YARIS CROSS PASARAN THAILAND


Ditawarkan dalam tiga varian, model asas, Yaris Cross Smart, hadir dengan kelengkapan standard iaitu lampu hadapan dan belakang LED penuh, lampu kabus hadapan LED, rim aloi 17 inci, serta kabin yang diberikan upholsteri kulit sintetik PVC dan PU. Kelengkapan asas lain termasuk skrin infotainmen 10 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, kluster instrumen digital 7 inci, brek parkir elektronik (EPB), kawalan pendingin hawa auto dan beberapa port pengecas USB. 


Toyota-YarisCross-Thailand-4.jpgToyota-YarisCross-(3).jpg


Varian sederhana, Premium pula ditambah dengan beberapa ciri lebih baik seperti rim aloi dwi-warna 17 inci, upholsteri kulit PU hitam serta sistem audio enam speaker. Varian ini juga diberikan ciri keselamatan tambahan, iaitu pakej ADAS Toyota Safety Sense (TSS) yang termasuk kawalan tersalah tekan pedal, amaran kenderaan hadapan bergerak ke depan serta pemantau titik buta (BSM) dengan amaran lintasan trafik belakang (RCTA). 


Toyota-YarisCross-(1).jpgToyota-YarisCross-(5).jpg


Varian tertinggi, Premium Luxury ditawarkan dengan ciri mewah baharu seperti cat luaran  dwi-warna, sistem audio Pioneer enam speaker, tempat duduk hadapan boleh laras 8 arah, pad pengecas tanpa wayar, pencahayaan ‘welcome’ pada pintu hadapan dan bumbung suria panoramik. Di samping itu, varian tertinggi ini juga dilengkapi dengan teknologi tambahan iaitu kamera pandangan 360 darjah dan sistem pemantau tekanan tayar (TPMS).


PERBEZAAN ANTARA TOYOTA YARIS CROSS PASARAN THAILAND DAN INDONESIA


Berbeza dengan pasaran Indonesia, negara Thailand tidak menerima varian GR Sport bagi model ini. Ini mungkin kerana Toyota Motor Thailand (TMT) telah merancang sesuatu berbeza atau varian khas pada masa akan datang. 


Toyota-YarisCross-Thailand-9.jpg


Yaris Cross untuk pasaran Thailand akan dipasang di fasiliti pengilangan tempatan (CKD) di kilang Toyota Motor Thailand, Chachoengsao


Toyota Yaris Cross Thailand (AC200) dijual pada harga bermula dari THB 789,000 (~RM100,749) untuk varian Smart, manakala Premium pada harga THB 849,000 (~RM108,410) dan varian tertinggi, Premium Luxury ditawarkan pada harga THB 899,000 (~RM114,795).


Sebagai perbandingan, Yaris Cross dijual di pasaran  Indonesia pada harga antara IDR 315 juta hingga IDR 449.95 juta (~RM109,000 hingga ~RM140,000), menjadikan model yang dijual di Thailand lebih murah. 


TOYOTA YARIS CROSS (AC200) DI MALAYSIA


Sehingga kini, UMW Toyota Motors (UMWT) tidak mendedahkan sebarang rancangan untuk membawa masuk Yaris Cross AC200 ke pasaran tempatan. Walau bagaimanapun, ada desas-desus mengatakan bahawa crossover kompak ini mungkin akan diberikan penjenamaan semula sebagai model Perodua. Betul atau tidak, kita nantikan pengumuman rasmi daripada UMWT atau Perodua. 


Tag:

Toyota Yaris Cross AC200
Toyota Yaris Cross
Yaris Cross Thailand
Toyota Thailand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Toyota Yaris Cross Malaysia: Laku Keras, Raih 2,298 Tempahan Dalam Dua Minggu

Rakyat Malaysia Serbu Toyota! Yaris Cross Catat Lebih 2,000 Tempahan Selepas 14 Hari Pelancaran.

21-05-2026
Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia

Beberapa tahun selepas kemunculan sulung Toyota Yaris Cross platform DNGA khusus untuk pasaran ASEAN, SUV crossover segmen B ini akhirnya menjalani ujian keselamatan oleh ASEAN NCAP.

04-08-2025
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tahun Ini? Apa Yang Boleh Dijangka?

UMW Toyota Motor (UMWT) dijangka akan memperkenalkan Toyota Yaris Cross tahun ini.

06-08-2024
Global

Toyota Yaris Cross 2023 Dilancarkan Di Indonesia, Guna Platform DNGA

Ini penerangan mengenai SUV yang baru dilancarkan di Indonesia, Yaris Cross 2023.

17-05-2023
Global

Hilux Wide Tread, Garang, Lasak, Harga Pun Keras

Toyota Motor Thailand melancarkan satu lagi varian terbaharunya, Hilux Revo GR Sport Wide Tread.

21-03-2024
Global

Jualan Yaris Ativ Dihentikan Tapi Ada Sebabnya

Toyota Motor Corporation telah menghentikan pengeluaran dan jualan Yaris Ativ di Thailand .

09-05-2023

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026