- Berita
- Global
- Bao 5 Tak Masuk M'sia

Sub jenama baharu BYD, yang dikhususkan untuk model SUV off-road, Fang Cheng Bao menjadi tajuk utama di dada akhbar apabila syarikat itu memperkenalkan model terbaharunya, SUV Bao 5.
Model yang diposisikan sebagai SUV 4x4 bersaiz sederhana dilihat mempunyai sentuhan yang agak unik sebagai hibrid plug-in (PHEV) .
Apa yang cukup membanggakan ialah BYD telah menggabungkan Bao 5 dengan teknologi pembakaran elektrik dan melengkapkannya dengan enjin petrol.
Hasilnya, cukup mengagumkan.

Dari segi penampilannya, Bao 5 kelihatan agak lasak namun dipadankan dengan sentuhan mewah.
Ia dibangunkan berdasarkan pelantar Dual Mode Off-road (DMO) Super Hybrid Platform di mana sudut pelepasannya adalah 32 darjah dengan jarak lega bumi minimum 220 mm.

Dari segi sistem plug-in hybrid, ia dibekalkan dengan dua motor elektrik serta disumbat dengan dengan enjin 1.5 liter turbo.
Secara keseluruhan, Bao 5 mampu menghamburkan kuasa setinggi 734 hp dan daya kilas 760 Nm, sekali gus membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 4.8 saat.
Biarpun ia berelektrifikasi secara separa namun ia bukannya sekadar penggalak prestasi.

Dengan adanya pek bateri LFP 31.8 kWh, ia menyokong fungsi vehicle to vehicle-to-load (V2V) dan vehicle-to-load (V2L) 6kW yang boleh mengecas pelbagai perkakasan elektrik.
Menyentuh mengenai tangka bahan api, ia dikatakan sebesar 85 liter dan mampu bergerak sejauh 1,200 kilometer.


Menjengah bahagian dalamannya, Bao 5 dilengkapi dengan dua skrin sebesar 12.3 inci, skrin tengah bersaiz 15.6 inci dan gugusan butang kawalan pada konsol tengah.
Selain itu, tempat duduknya dibaluti dengan upholsteri kulit termasuk bahagian stereng dan sisi pintu.

Buat masa ini, ia tersedia untuk pasaran China dan hadir dalam tiga varian Discovery , Pilot dan Yunnian
Harga jualan bermula dari 289,900 yuan (RM187,566).
Pihak syarikat dikatakan akan mula membuat penghantaran kepada pelanggannya pada bulan ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/