Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ferrari Roma Spider Dilancarkan Di Malaysia – 612 HP, Dari RM3.2 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ferrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-9.jpg


Ferrari Roma kini rasmi di Malaysia. Model ini dilancarkan di bilik pameran pertama Ferrari di bawah pengimport rasmi baharu, Ital Auto Malaysia. Model convertible dengan bumbung jenis soft-top ini dilancarkan bersama dengan SUV Ferrari Purosangue


Menggantikan Portofino M, kemunculan Roma Spider dalam pasaran merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah kereta sport Ferrari, kerana model ini merupakan model convertible soft-top pertama syarikat sejak model ikonik Ferrari 365 GT4 yang dilancarkan lebih lima dekad yang lalu.


CIRI MEKANIKAL DAN PRESTASI FERRARI ROMA SPIDER


Roma Spider dikuasakan oleh enjin V8 yang diambil daripada versi coupe. Enjin V8 berpengecas turbo 3.9L ini menghasilkan kuasa sebanyak 612 HP dan 760 NM. Enjin tersebut digabungkan dengan transmisi 8 kelajuan F1 DCT, seperti yang terdapat pada model Ferrari berprestasi tinggi lain misalnya SF90 Stradale.


Ferrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-31.jpgFerrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-8.jpg


Walaupun varian convertible ini 84 KG lebih berat berbanding coupe, Roma Spider masih mencatatkan angka prestasi yang sama iaitu pecutan 0-100 KM/J dalam hanya 3.4 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 320 KM/J.


REKAAN FERRARI ROMA SPIDER


Ferrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-21.jpgFerrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-22.jpgFerrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-13.jpgFerrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-16.jpgFerrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-18.jpgFerrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-20.jpg


Roma Spider kelihatan hampir serupa dengan kembar coupe-nya, menampilkan gaya badan sporty GT yang sama, bezanya, ia hadir sebagai sebuah model convertible. Menurut Ferrari, bumbung ini boleh beroperasi pada kelajuan sehingga 60 KM/J, dengan proses buka/tutup mengambil masa kira-kira 13.5 saat. Selain warna hitam, bumbung ini turut ditawarkan dalam pilihan warna lain dengan jahitan kontra. 


Ferrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-1.jpgFerrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-28.jpg


Dari segi pilihan warna cat luaran kereta,  Roma Spider baharu ditawarkan dalam warna badan baharu, Celeste Trevi, sebagai tambahan kepada warna eksklusif Ferrari lain seperti Rosso Corsa, Giallo Modena dan banyak lagi.


KABIN FERRARI ROMA SPIDER


Ferrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-34.jpgFerrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-36.jpgFerrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-38.jpgFerrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-40.jpg


Bergerak ke bahagian dalam kabin, Roma Spider diberikan sentuhan rekaan dalaman yang sama seperti model coupe dengan konsep kokpit berkembar. Ruang pemandu dilengkapi dengan kluster instrumen digital, sementara di bahagian tengah terdapat skrin infotainmen bersaiz 8.4 inci dengan kemampuan sambungan tanpa wayar Android Apple dan Apple CarPlay. 


Di ruang penumpang (co-pilot) terdapat skrin yang ketiga, bersaiz 8.8 inci. Skrin ini membolehkan penumpang mengakses fungsi seperti kawalan pendingin hawa, media dan sebagainya. 


Roma Spider menawarkan ruang simpanan bagasi yang luas, dengan kapasiti 225L, serta ruang duduk baris kedua yang selesa. 


Ciri menarik lain di dalam kabin ini ialah stereng yang diberikan rekaan semula, kali ini tanpa butang kawalan jenis sentuh yang sukar dikendalikan kepada butang jenis tekan. 


TEMPAHAN FERRARI ROMA SPIDER


Ferrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-10.jpgFerrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-6.jpg


Ferrari Roma Spider convertible dengan bumbung  soft-top ini kini boleh ditempah di Malaysia pada harga bermula dari  RM3.2 juta termasuk cukai dan duti.  Pembelian adalah termasuk program waranti penyelenggaraan selama tujuh tahun di pusat servis rasmi Ital Auto Malaysia di Glenmarie.


Ferrari-ItalAutoMalaysia-KLShowroom-4.jpgFerrari-ItalAutoMalaysia-KLShowroom-15.jpg


Bagi yang ingin melihat kedua-dua model Ferrari yang telah dilancarkan, Roma Spider dan Purosangue, anda boleh mengunjungi bilik pameran Ferrari Ital Auto Malaysia yang terletak di tingkat bawah Four Seasons Place, Kuala Lumpur. 


Untuk info lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan Ferrari di Malaysia, boleh layari laman web rasmi Ferrari Ital Auto Malaysia.

Ferrari-RomaSpider-MalaysianLaunch-5.jpg

Tag:

Ferrari Roma
Ferrari Roma Spider Malaysia
Ital Auto Malaysia
Ferrari Roma Convertible
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta

Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.

29-10-2025
Berita Auto

Ferrari Lantik Ital Auto Sebagai Pengedar Baharu Malaysia

Ferrari secara rasmi telah melantik Ital Auto Malaysia Sdn Bhd sebagai pengedar baharunya di Malaysia.

09-05-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026