Link Copiedcheck_circle
Global

Ini Segala Yang Kita Tahu Tentang Toyota Camry Generasi Seterusnya – Diperkenal 14 Nov Nanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Toyota-Camry-Hybrid-Preview_-5.jpg


Toyota Camry generasi terkini (XV70) bakal diperbaharu di Amerika Syarikat tahun ini


Model Toyota Camry generasi terkini (XV70) dijangka menerima peningkatan generasi seterusnya tahun ini di Amerika Syarikat. Toyota USA bersedia untuk mendedahkan versi terbaru sedan ini pada 14 November ini. Sebelum pendedahan rasminya, Toyota telah mendedahkan beberapa butiran menarik. 


Next-Gen-Toyota-Camry-Teaser-(1).jpg


Foto acah terbaru Toyota Camry generasi seterusnya yang dikeluarkan oleh Toyota USA


Perkongsian foto model generasi akan datang itu telah dibuat melalui laman web rasmi Toyota USA, yang memperlihatkan bahagian belakang Camry baharu. Walaupun foto yang dikongsikan hanyalah pada satu sudut kecil kereta, sudut ini mendedahkan beberapa perkara penting. 


Pertama, Camry baharu itu menggunakan logo HEV (kenderaan elektrik hibrid) dengan lambang bulatan biru di sisi, menunjukkan bahawa model generasi seterusnya ini akan menggunakan teknologi hibrid. Pada bahagian atas lambang itu pula terdapat tulisan AWD, yang menunjukkan bahawa model tersebut akan dikeluarkan sebagai sebuah model pacuan semua roda (AWD). 


Sebelum ini, Camry belum pernah menggabungkan sistem hibrid dan AWD pada satu varian sama kerana sistem AWD hanya ditawarkan pada versi enjin pembakaran dalaman (ICE).



Toyota-Crown-Crossover-USA-(4).jpg


Camry generasi seterusnya mungkin akan dikuasakan oleh sistem sistem hibrid AWD sama yang terdapat pada crossover Crown


Penggunaan sistem hibrid yang digabungkan dengan sistem AWD bukanlah perkara baru bagi Toyota kerana jenama tersebut telah menawarkan gabungan teknologi sama pada model crossover, Toyota Crown baharu. Model tersebut dikuasakan oleh sistem hibrid aspirasi natural 4 silinder 2.5 liter atau hibrid turbo 4 silinder 2.4 liter yang lebih berkuasa. Kedua-duanya digabungkan dengan sistem pacuan semua roda E-Four dan transmisi automatik eCVT. Namun, memandangkan Toyota masih belum mengesahkan perkara ini, nantikan 14 November untuk spesifasi lebih terperinci. 


Selain itu, imej acah itu turut disertakan dengan kapsyen yang bertulis:


Toyota Camry raises to new heights with no compromises.” 


Ayat tersebut bermaksud model akan datang itu nanti akan melangkah ke tahap lebih tinggi tanpa kompromi. Beberapa media lain melaporkan bahawa ayat ini mungkin menunjukkan bahawa Camry baharu akan memiliki ketinggian pandu atau ride height seperti crossover, seperti pada crossover Toyota Crown. 


Next-Gen-Toyota-Camry-Teaser-(2).jpg


Camry generasi seterusnya akan menerima DRL LED berbentuk C yang sama seperti kebanyakan  model baharu Toyota


Selain foto pada sudut belakang model baharu itu, sebelum ini foto acah lain pernah tersebar yang mendedahkan bahagian hadapan kereta. Walaupun imej tersebut ‘tersembunyi’ dalam bayangan hitam, kita dapat melihat lampu nyalaan siang DRL LED berbentuk C yang digunakan. Bentuk DRL seperti ini turut digunakan oleh Prius dan SUV Sport Crown. 


Apa lagi yang berbeza dengan  model yang bakal dilancarkan ini? Buat masa ini, hanya ini info yang dapat kami kongsikan. Kita perlu nantikan pendedahan rasmi yang bakal dibuat hanya dalam beberapa hari sahaja lagi iaitu 14 November ini. 

CariCarz_Toyota-Camry-Hybrid-Preview_-2.jpg

Tag:

Toyota Camry
Toyota Camry Hybrid
Toyota USA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-06-2025
Global

26-12-2024
Kereta Baru

23-12-2024
Berita Auto

02-12-2024
Global

11-10-2024
Global

19-09-2024
Global

29-08-2024
Global

28-08-2024

Berita Terkini

Global

BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti

BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.

23-09-2025
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Global

Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China

Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelima di China, baru-baru ini.

22-09-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025
Global

Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.

18-09-2025
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.

17-09-2025
Global

Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.

17-09-2025
Global

Xpeng P7 Generasi Kedua Buat Kemunculan Sulung Di Eropah, Mona M03 Bakal Dilancarkan

Xpeng P7 generasi kedua membuat kemunculan sulung di Eropah di acara automotif IAA Mobility 2025 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman.

12-09-2025