Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton Bakal Lancar Lagi PROTON X50 Facelift?

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Persoalan mengenai model Proton yang dilekat dengan camo (pelekat) akhirnya terjawab.

Rupa-rupanya ia adalah model terbaharu Proton X50 facelift yang dikatakan akan dilancarkan pada tahun depan.

Sebelum itu, tular beberapa keping gambar model terbaharu itu  di halaman Facebook Proton X50 Community Malaysia sejak semalam.

image.pngimage.png

Gambar berkenaan dikongsi dua orang ahli kumpulan itu, Zany Muhammad dan Jerry Khen.

Melihat kepada bahagian belakangnya, rekaannya kelihatan hampir serupa dengan Geely Binyue facelift yang diperkenalkan pada tahun  tahun lalu.

Geely Binyue facelift 2022 disumbat dengan enjin 1.5 liter empat silinder turbo berkuasa 181 hp. 

Buat masa ini,  Proton x50 masih menggunakan enjin 1.5 liter tiga silinder turbo yang mampu menghasilkan berkuasa 177 PS/255 Nm.

image.png

Rekaan versi facelift ini dilihat telah diolah semula bagi menampakkan ia lebih agresif dan tampak muda.

Menjengah bahagian belakangnya, versi ini masih menggunakan empat ekzos manakala lampu hadapannya pula agak nipis dan tajam manakala bamparnya juga kelihatan agak ganas.

Selain itu, tidak banyak yang boleh dijelaskan memandangkan ia diselindungi dengan pelekat hitam dan putih.

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi Proton dalam tempoh terdekat ini.


Gallery

Tag:

Proton X50
#geely
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

15,575 Kereta Proton Terjual Okt 2025, Proton Saga Paling Laku

Jualan kereta jenama Proton sekali lagi melonjak apabila berjaya menjual sebanyak 15,575 unit pada bulan lepas manakala Proton Saga meraih jualan tertinggi dalam 12 tahun.

10-11-2025
Berita Auto

Lebih 5,000 Unit Proton X50 Facelift Sampai Ke Tangan Pelanggan Dalam 40 Hari

Sejak dilancarkan pada Julai tahun ini, Proton X50 2025 edisi terbaru telah mencuri perhatian rakyat Malaysia, dengan lebih 5,000 unit berjaya diserahkan dalam tempoh hanya 40 hari.

10-10-2025
Berita Auto

Proton Catat Jualan Kukuh Suku Ketiga Sebab Proton X50 Laku Keras

Jualan Proton kukuh pada suku ketiga tahun ini apabila sebanyak 13,395 unit (domestik + eksport) unit terjual pada September lepas.

03-10-2025
Berita Auto

Rekod Cemerlang: Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam 36 Bulan, Lepas 100,000 Unit Untuk Tahun Ini

PROTON mencatat prestasi jualan terbaik dalam tempoh 36 bulan apabila berjaya menjualsebanyak 15,228 unit (Domestik + Eksport) pada bulan Ogos 2025.

11-09-2025
Berita Auto

Proton, Touch N Go Jalin Kerjasama, Maka Semua Proton X50 Facelift 2025 DIpasang Dengan RFID

PROTON dan Touch ‘n Go Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama untuk memasang teknologi RFID Touch ‘n Go ke dalam Proton X50 Facelift 2025 yang dilancarkan Julai lalu.

13-08-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Semula, 13,518 Unit Terjual Bulan Lepas

Proton merekodkan jualan sebanyak 13,518 unit pada bulan lepas.

12-08-2025
Berita Auto

999 Unit Proton X50 Facelift 2025 Diserah Kepada Pelanggan Dalam 5 Hari!

Dalam lima hari, Proton telah menyerahkan 999 unit Proton X50 Facelift 2025 kepada para pelanggannya.

01-08-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
Kereta Baru

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Kereta Baru

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025