Link Copiedcheck_circle
Global

Subaru Dedah Imej Acah Forester Generasi Ke-6, Bakal Dipertontonkan Di Los Angeles

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Subaru-Forester-Gen-6-Teaser-1.png

Subaru mendedahkan imej teaser yang menunjukkan bahagian rim Forester generasi ke-6


Subaru Forester generasi seterusnya akan dipertontonkan tidak lama lagi selepas syarikat automotif Jepun itu membuat perkongsian imej acah atau teaser melalui media sosial rasminya baru-baru ini. 


Selain imej acah, Subaru turut mengumumkan waktu dan lokasi pendedahan tersebut akan dibuat iaitu pada 16 November pada jam 12.40 pm (waktu tempatan) di acara Los Angeles Auto Show. 


Los_Angeles_Auto_Show.jpeg


Los Angeles Auto Show, atau dikenali sebagai LA Auto Show merupakan sebuah acara pameran kereta yang diadakan secara tahunan di  Los Angeles Convention Center, Los Angeles, California


Forester generasi kelima yang kini berada di pasaran adalah salah satu model tertua dalam rangkaian jenama ini, yang mula diperkenalkan pada Mac 2018. Forester itu nanti berkemungkinan besar akan menggunakan enjin boxer yang digabungkan dengan teknologi hibrid serta sistem pacuan semua roda. 


Maklumat lebih terperinci mengenai model generasi baharu ini akan kami kongsikan sebaik ia diperkenalkan dalam masa kurang dua minggu lagi. 


Buat masa ini, model terkini yang dipasarkan di Malaysia ialah Subaru Forester generasi kelima versi facelift 2023 yang dilancarkan pada Mei tahun ini. 


Subaru-Forester-Facelift2023-3.jpg


Empat varian ditawarkan pada harga yang bermula dari RM164,288 untuk 2.0i-L Eyesight, RM170,288 untuk 2.0i-L GT Lite Edition Eyesight, RM174,288 untuk 2.0i-S Eyesight dan RM186,288 untuk varian teratas, iaitu 2.0i-S GT Edition Eyesight. 


Harga yang dinyatakan adalah untuk Semenanjung Malaysia, termasuk insurans jalan, dan setiap varian dilengkapi dengan jaminan lima tahun atau 100,000 KM.


Sumber: Drive, TopGear

Tag:

Subaru Forester
Subaru Forester Generasi Ke-6
Forester
LA Auto Show
Imej Acah
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

30-10-2025
Kereta Baru

22-10-2025
Kereta Baru

22-09-2025
Kereta Baru

15-02-2024
Global

17-11-2023
Video

10-01-2022
Berita Auto

10-01-2022
Video

Pandu Uji Subaru Forester Malaysia | SUV Pintar yg mampu milik! | Caricarz.com

Bermula dari RM139k, All-wheel-drive SUV Subaru Forester ni sering diabaikan berbanding pesaingnya Honda CR-V, Nissan X-Trail, Mazda CX-5 dan Mitsubishi Outlander. Tapi jangan memandang rendah Subaru Forester kerena SUV ni mampu tempuhi semua permukaan jalan... Memang Power! Berbaloi ke beli keret

03-09-2021

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026