Link Copiedcheck_circle
EV

Tesla Cybertruck Mula Dihantar 30 Nov Ini, Walaupun Banyak Isu?

Sofea Najmi

8-11-2023

Kongsi melalui

Cybertruck_Isu-Binaan-13.png


Ketua Unit Rekaan Tesla, Franz von Holzhausen membawa Cybertruck ke sebuah acara santai, kopi dan automotif di California Selatan (Sumber foto: Inside EVs)


Tesla akan mengeluarkan sebanyak 200,000 unit trak elektrik, Cybertruck, setiap tahun, umum CEO Elon Musk. Jumlah pengeluaran ini lebih tinggi daripada kapasiti pengeluaran yang pernah dinyatakan sebelum ini, dengan potensi peningkatan kepada 250,000 pada tahun 2025. 


Baru-baru ini, Ketua Unit Rekaan Tesla, Franz von Holzhausen, telah dilihat memandu prototaip Cybertruck dalam warna hitam kusam (matte) ke sebuah acara di California Selatan, Amerika Syarikat, yang mendedahkan orang ramai kepada beberapa isu kualiti pembinaannya, lapor portal automotif antarabangsa, Inside EVs


Cybertruck_Isu-Binaan-1.pngCybertruck_Isu-Binaan-5.pngCybertruck_Isu-Binaan-12.pngCybertruck_Isu-Binaan-4.pngCybertruck_Isu-Binaan-11.png

Foto pelbagai sudut Cybertruck telah dikongsikan  melalui portal Inside EVs


Prototaip tersebut diperlihatkan dengan badan yang dibaluti lapisan vinil berwarna hitam kusam yang ‘menyerlahkan’ lagi masalah kualiti binaannya, termasuk jurang antara panel yang tidak rapat dan pemasangan lain yang dilihat tidak sesuai. 


Reka bentuk unik Cybertruck, yang dikatakan mengambil inspirasi daripada konsep Cyberpunk telah dikritik kerana bukan sahaja dilihat terlalu ringkas tetapi juga kerana isu keselamatannya. 


Tesla dikatakan membangunkan Cybertruck dengan panel badan yang kalis peluru, namun begitu,  cermin trak elektrik ini dikatakan tidak mempunyai ciri kalis peluru yang sama. Menurut Musk, cermin kalis peluru ditawarkan sebagai pilihan tambahan atau dalam varian berbeza. 


Cybertruck_Isu-Binaan.jpeg


Cermin kaca yang digunakan pada Cybertruck standard, bukan jenis kalis peluru


"Apa sahaja boleh dijadikan kalis peluru, tetapi kaca tersebut perlu direka sangat tebal untuk tujuan tersebut, jadi ia tidak boleh digerakkan naik dan turun," jelas Musk.


Musk mengakui kesukaran untuk membangunkan Cybertruck memandangkan ini merupakan model yang jauh berbeza daripada kenderaan lain yang pernah dihasilkan. 


Penghantaran trak berkonsep Cyberpunk itu dijadualkan bermula pada 30 November, hampir empat tahun selepas ia diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2019. 

Sumber: Reuters, Inside Evs

Tag:

Tesla Cybertruck
Cybertruck
Tesla
Elon Musk
Kereta Kalis Peluru
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Cybertruck RHD Akan Jadi Kenyataan – Bakal Tiba di Australia

Tesla dilaporkan telah mengesahkan rancangan untuk menghasilkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) bagi trak elektrik, Tesla Cybertruck.

13-03-2025
Global

Tesla Buat Panggilan Semula Kali Ke-15 Tahun Ini, Babit 700K Kenderaan

Tesla mengeluarkan notis panggilan semula buat kali ke-15 tahun ini, kali ini melibatkan hampir 700,000 kenderaan.

24-12-2024
EV

Jom Orang Penang Serbu Gurney Plaza

Tesla baharu sahaja dilancarkan secara rasmi di Pulau Pinang.

24-06-2024
EV

Peluang Akhir Saksikan Tesla Cybertruck Di Malaysia, Kini Di One Utama

Tesla Cybertruck membuat kemunculan terakhirnya di negara kita di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

10-06-2024
EV

Trak ‘Kalis Peluru,' Tesla Cybertruck Dipertontonkan Di Malaysia – Ini Spesifikasinya...

Tesla Malaysia sebentar tadi telah mempertontonkan trak Tesla Cybertruck. Ini yang menarik...

08-04-2024
EV

Tesla Cybertruck Akan Didedah 6 April Ini? Malaysia Pula Bila?

Tesla Thailand bakal menayangkan Cybertruck tidak lama lagi.

02-04-2024
Global

"Langsung Tak Sama!" – Khemah Tesla Cybertruck Lebih RM14K Ini Buat Pembeli Bengang

Sebaik menerima khemah yang ditempah, pembeli terkejut.

11-03-2024
EV

Radar RD6 Boleh Pecut Macam Tesla Cybertruck?

Geely bakal melancarkan trak pikap elektrik Radar RD6 tidak lama lagi.

19-02-2024

Berita Terkini

EV

PRO-NET, ChargeSini & 3 CPO Lain Bekerjasama - Sedia Pengecas EV Di Kondo & Pangsapuri

Anak syarikat Proton, PRO-NET, mengumumkan kerjasama rasmi dengan empat operator pengecasan (CPO) utama, ChargeSini, Charge+, RExharge dan Charge N Go.

07-05-2025
EV

Pendaftaran Minat Zeekr 7X Dibuka – Kemunculan Rasmi Di Malaysia Autoshow 2025

SUV elektrik terbaru China, Zeekr 7X, bakal membuat kemunculan sulung di Malaysia sempena Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung dari 9 hingga 15 Mei ini.

07-05-2025
EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
EV

Perak Mahu Perluas Stesen Cas EV, 500 Pengecas Akan Dibina Tahun Ini

Langkah itu sejajar dengan trend global ke arah pengurangan pelepasan karbon dioksida.

05-05-2025
EV

Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?

Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026.

05-05-2025
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
EV

Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Perodua e.MO-II sedang diuji di DUKE, baru-baru ini.

05-05-2025