Link Copiedcheck_circle
EV

Baru Sebulan, smart Malaysia Dah Serah 100 Unit Pertama smart #1

Sofea Najmi

Kongsi melalui

smart-Malaysia-Marks-Milestone-with-Delivery-of-100-smart--1-Electric-Vehicle.jpg

smart Malaysia meraikan pencapaian yang membanggakan dengan serahan 100 unit smart #1 dalam tempoh sebulan pertama


Dalam tempoh hanya sebulan, smart Malaysia telah mencatatkan pencapaian yang membanggakan setelah menyerahkan sebanyak 100 unit kenderaan elektrik (EV) smart #1. 


Kejayaan ini berjaya dikecapi dengan kerjasama 10 cawangan pengedar smart #1 yang ditempatkan di lokasi strategik, kedudukan ini membolehkan penghantaran kenderaan kepada pembeli dilakukan dalam masa yang singkat, menjadikan pengalaman pembelian lebih memuaskan.


PRO-NET-smart-HapSeng-2.jpgsmartMalaysia-EON.jpg


Pencapaian ini dibuat dengan kerjasama 10 cawangan pengedar smart #1 


Turut memainkan peranan penting dalam pencapaian ini ialah kualiti perkhidmatan pakar jualan di pusat pengedaran yang dapat memainkan peranan dengan baik dalam pelbagai aspek, daripada proses pemilihan sehingga pemilikan kenderaan. 


Stok kenderaan yang telah disediakan lebih awal sebelum pelancaran rasminya di Malaysia juga mencerminkan komitmen smart Malaysia untuk memastikan kepuasan pelanggan. 


Usaha ini melibatkan penyediaan ujian pandu kenderaan yang efisien, unit pameran yang mencukupi, persiapan menyeluruh untuk memudahkan pendaftaran awal, serta akses tanpa gangguan kepada kenderaan terkini syarikat.


smart-1-Brabus-4.jpg


Varian smart #1 Brabus menjadi pilihan ramai


Turut menyumbang kepada jumlah tempahan yang tinggi dan kejayaan penghantaran ini adalah aplikasi mudah alih yang telah dilancarkan oleh syarikat awal sebelum pelancaran keretanya secara rasmi. Gabungan akses terhadap aplikasi ini dan rangkaian pengedar yang kukuh, smart Malaysia telah berjaya mendapatkan lebih daripada 1000 tempahan untuk  EV smart #1 hingga tarikh pelancarannya, dengan sebahagian besar pembeli memilih varian #1 Brabus. 


Hello-smart-App-Caricarz-(1).png


smart Malaysia turut melancarkan aplikasi khas untuk memudahkan pelanggan 


Pengalaman yang sempurna ini tidak terhenti di situ, pelanggan turut berkongsi pengalaman yang memuaskan dengan smart #1. Model ini dilihat sarat dengan teknologi canggih, dengan sistem ketersambungan yang lancar, bergaya dan selesa. Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, “Kami gembira melihat pelanggan kami menemui kualiti ini di dalam kereta kami.”


smart-1-Brabus-6.jpgsmart-1-Brabus-11.jpg


Varian tertinggi, smart #1 Brabus, dijual pada harga RM249,000. 


Dilancarkan pada November 2023, #1 EV tiba dalam tiga varian utama iaitu:


1- Varian asas, Pro, pada harga RM189,000, 

2- Varian pertengahan, Premium, pada harga RM219,000

3- Varian tertinggi, Brabus, pada RM249,000. 


Sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan terawal, Smart Malaysia menawarkan jaminan dan tawaran istimewa yang merangkumi pengecas rumah smartCharge percuma bernilai RM3,200 sera jaminan selama dua tahun. Tawaran eksklusif ini termasuk pakej jaminan standard, menegaskan komitmen Smart Malaysia untuk memberikan pengalaman pembelian yang menyakinkan. 


Menurut Zhang Qiang, kepuasan pelanggan menunjukkan bahawa permintaan terhadap penyelesaian mobiliti yang mampan di rantau ini semakin memberangsangkan.

caricarz-smart--1-Premium-EVx-12.jpg


Tag:

smart #1
smart #1 Brabus
smart Malaysia
Jualan smart Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-02-2025
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

20-09-2024
Berita Auto

04-09-2024

Berita Terkini

EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026