Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Malaysia Rasmi Pusat 4S Kuantan – Terbesar Di Pantai Timur

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ESD_1390.jpg


Chery Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat 4S pertama dan yang terbesar di pantai timur yang terletak di Kuantan, Pahang


Chery Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat 4S baharu di Kuantan, Pahang. Cawangan tersebut yang dikendalikan oleh syarikat pengedar Evenergy Auto Sdn Bhd, berdiri sebagai Pusat 4S pertama dan terbesar Chery di pantai timur.


Pembukaan fasiliti ini dirasmikan oleh  Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail, dan dihadiri oleh

Ketua Pegawai Eksekutif Chery Malaysia, Leo Chan dan Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang, serta Ahli Parlimen Petaling Jaya, YB Lee Chean Chung.


9.jpg


Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail hadir merasmikan pembukaan Pusat 4S Chery Malaysia yang pertama di pantai timur


Menurut Chery Malaysia, Pusat 4S Kuantan ini bukan sahaja untuk para pelanggan di sekitar negeri Pahang, tetapi juga negeri terdekat yang lain seperti Terengganu dan Kelantan. 


Cawangan Chery terbaru di Malaysia ini merupakan sebuah fasiliti serba lengkap dengan bilik pameran, ruang servis dan bengkel badan dan cat kereta. 


Semasa majlis perasmian yang diadakan semalam (Ahad, 3 Disember 2023), turut diadakan sesi pra-tonton model EV, Chery Omoda E5 kepada tetamu dan pelanggan yang hadir.  Menjadikan bilik pameran ini sebagai yang pertama bagi Chery Malaysia yang menganjurkan sesi pra-tonton EV yang masih belum dilancarkan ini kepada para pelanggan. 


10.jpg8.jpg


MB Pahang dalam ucapannya mengumumkan rancangan untuk mempercepatkan peralihan kepada EV di negeri tersebut, "Matlamat yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan untuk memasang 160 stesen pengecasan menjelang tahun 2025 akan mempercepatkan lagi penggunaan kenderaan elektrik dalam kalangan penduduk Pahang.”


5.jpg


Untuk makluman, Chery Malaysia telah memperkenalkan Omoda E5 kepada media tempatan pada minggu yang sama. Berbeza dengan Omoda 5 dengan enjin pembakaran dalaman (ICE), kembar EV-nya ini dilengkapi dengan bateri 'Blade' LFP 61 kWh yang menyalurkan kuasa kepada motor hadapan dengan output 201 HP dan 340 NM.


Buat masa ini, Chery Malaysia belum mendedahkan harga atau membuka tempahan bagi model ini, tetapi mereka mengesahkan bahawa model ini bakal dilancarkan pada suku pertama tahun depan (2024).

Gallery

Tag:

Chery Malaysia
Chery
Chery Omoda E5 EV
Chery EV
Pusat 4S Chery Kuantan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.

19-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.

06-01-2026
Berita Auto

Chery Malaysia Hulur Sumbangan RM208,000 Kepada MSN, Raikan Atlet AYPG 2025

Chery Malaysia menyerahkan sumbangan berjumlah RM208,000 kepada Majlis Sukan Negara bagi meraikan atlet para muda yang memenangi pingat pada Sukan Asia Para Remaja (AYPG) 2025.

24-12-2025
Berita Auto

Pandu Uji Model PHEV Chery & Berpeluang Menang Hadiah Cecah RM200K!

Chery Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun yang cukup lumayan, memberikan orang ramai peluang keemasan untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 melalui sesi cabutan bertuah khas.

18-12-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi

Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan promosi istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD.

27-10-2025
Kereta Baru

Chery Tiggo 7 PHEV CSH & Tiggo 8 PHEV CSH Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV Termurah Malaysia? Dari RM129K

Chery Malaysia secara rasmi telah melancarkan dua buah kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) terbaru untuk pasaran Malaysia, Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV.

03-10-2025
Kereta Baru

Tempahan Chery Tiggo 7,8 CSH Sudah Dibuka, Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

Chery Malaysia akhirnya telah membuka tempahan untuk dua model terbaharunya, Chery Tiggo 7 dan 8 CSH, baru-baru ini.

26-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Raba Penumpang, Lesen Pemandu Grab Dibatalkan

Loke telah mengarahkan JPJ membatalkan lesen pemandu Grab terbabit.

03-02-2026
Berita Auto

Mitsubishi Xforce Dipasang Di Pekan, 800 Unit Dijangka Dihantar Pada April Ini

Pengeluaran Mitsubishi Xforce sudah pun dijalankan secara besar-besaran di kilang pemasangannya yang terletak di Pekan, Pahang.

03-02-2026
Berita Auto

Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial

Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

03-02-2026
Berita Auto

Tahniah, Petronas Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil

PETRONAS telah membuka lebih 60 stesen minyak berjenama PETRONAS di Brazil, sekali gus terus mengukuhkan jenama Malaysia di persada antarabangsa.

03-02-2026
Berita Auto

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto

Sasaran Tahun Ini: Proton Hasrat Jual 200,000 Unit Kenderaan

Proton meletakkan sasaran jualan sebanyak 200,000 unit pada tahun ini.

02-02-2026
Berita Auto

China 'Gila Kuasa'! Lebih 20 Juta Pengecas EV Disediakan, Sasar 28 Juta Lagi

Kelajuan China dalam membina infrastruktur kenderaan elektrik (EV) sukar dicabar oleh mana-mana pasaran dunia.

02-02-2026
Berita Auto

Durian Runtuh: Neta V Semurah RM39,999

Neta V kini dijual pada harga RM39,999.

02-02-2026