Link Copiedcheck_circle
EV

DC Handal Dan Auto Bavaria Bekerjasama Untuk Perbanyak Stesen Pengecas DCFC

Sofea Najmi

Kongsi melalui

DCHandal-BMWAutoBavaria-BambooHillsDCFC-24.jpg


DC Handal membentuk kerjasama strategik dengan Auto Bavaria untuk meluaskan rangkaian stesen pengecas pantas (DCFC) di Lembah Klang dan Pulau Pinang


Pembekal penyelesaian e-mobiliti tempatan, Handal Green Mobility Sdn Bhd (DC Handal), telah menjalin kerjasama strategik dengan Auto Bavaria, kumpulan pengedar sah terbesar BMW Group Malaysia, bagi memperluaskan rangkaian pengecas pantasnya. Usaha ini  selaras dengan matlamat kerajaan untuk menubuhkan 10,000 tapak pengecas EV di seluruh negara menjelang 2025.


Melalui kerjasama ini, DC Handal dan Auto Bavaria akan menambah lebih banyak stesen pengecas pantas (DCFC) dalam rangkaian pengecas DC Handal dan BMW Group Malaysia di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang. Buat masa ini, 10 lokasi terawal di kedua-dua kawasan telah dikenal pasti.


DCHandal-BMWAutoBavaria-BambooHillsDCFC-30.jpgDCHandal-BMWAutoBavaria-BambooHillsDCFC-12.jpg


Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI), YB Tuan Liew Chin Tong


Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI), YB Tuan Liew Chin Tong, turut hadir semasa pengumuman kerjasama strategik ini. Beliau berkata, "Sejajar dengan usaha Malaysia untuk menjadi pemimpin serantau dalam mobiliti lestari, visi progresif yang ditunjukkan oleh Auto Bavaria dan DC Handal merupakan satu langkah yang patut dicontohi."


Selain daripada 10 lokasi awal, DC Handal dan Auto Bavaria juga merancang untuk mencari lebih banyak lokasi stesen DCFC mereka, termasuk di pusat-pusat pengedaran Auto Bavaria. Usaha ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada pengembangan rangkaian pengecasan BMW Group Malaysia di negara kita.


Lee-Motor-BMW-(7).jpegMINIEVCharger-ChargeSini-Melaka-4.jpg


BMW Group Malaysia telah menyediakan lebih daripada 1,700 kemudahan pengecasan dalam rangkaian mereka, dan sebahagian besar daripadanya direalisasikan melalui kerjasama firma tersebut dengan beberapa operator stesen pengecas tempatan seperti ChargEV, Yinson Greentech, JomCharge, Gentari, ChargeSini, Go To-U dan banyak lagi. Selain itu, BMW Group Malaysia juga mempunyai lebih daripada 100 fasiliti pengecasan BMW i dan MINI, dengan kebanyakan daripadanya terletak di cawangan pengedaran sah BMW dan MINI di seluruh Malaysia.


DCHandal-BMWAutoBavaria-BambooHillsDCFC-22.jpg


Tag:

DC Handal
Auto Bavaria
BMW Group Malaysia
Pengecas EV Malaysia
Pengecas DCFC
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Mercedes-Benz Malaysia, DC Handal Bekerjasama Perluas Rangkaian Pengecasan EV

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkukuhkan jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini menerusi kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan tempatan, DC Handal.

07-10-2025
EV

DC Handal Kini Bolehkan Pembayaran Melalui e-dompet TnG

Selepas ini, pengguna yang menggunakan DC Handal boleh membuat pembayaran menerusi Perkhidmatan e-dompet Touch 'n Go (TnG).

16-06-2025
EV

DC Handal Lancar Hab Pengecasan EV 1.2 MW Di Johor – Tiada Had Masa, Dari RM1.30 kWj

DC Handal secara rasmi melancarkan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbesarnya setakat ini.

28-03-2025
EV

500 Pengecas EV Akan Dibina di JPO – DC Kapasiti 1MW!

Genting Simon Sdn Bhd mengumumkan rancangan untuk memasang 500 pengecas kenderaan elektrik (EV) di Johor Premium Outlets (JPO).

04-03-2025
EV

Pengecas EV Pintar DC Handal Disediakan Di Bamboo Hills – Dari RM0.90/kWj

DC Handal telah menaik taraf fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang disediakan di Bamboo Hills menjadi hab pengecasan pantas (DCFC) yang lebih komprehensif.

01-02-2025
EV

Seksyen 2 WCE Dibuka Hari Ini – Bebas Tol Sebulan, Ada Stesen Pengecas EV 240 kW

Seksyen 2 Lebuhraya Pantai Barat (WCE) telah rasmi dibuka mulai hari ini. Sempena pembukaannya, laluan sepanjang 7.2 kilometer ini bebas tol sehingga 22 Februari 2025.

22-01-2025
EV

Persaingan Harga Pengecas EV Makin Sengit – DC Handal Tawar RM1.00/kWj Untuk DC?

DC Handal kini menawarkan kadar tetap RM1.00/kWj bagi pengecasan pantas DC (DCFC) di beberapa lokasi.

09-12-2024
EV

Pengecas Pantas DC Handal Kini Di XPeng Glenmarie – Hingga 80 kW, Dari RM1.20/kWj

Pengeluar kenderaan dari China, XPeng, baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan (CPO) tempatan, DC Handal.

04-09-2024

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026