Link Copiedcheck_circle
EV

WOW! Kabin L380 Serupa Dengan AIRBUS A380? Tak Sia-Sia Beli

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jenama automotif British London Electric Vehicle Company (LEVC) yang berada di bawah Geely memperkenalkan sebuah minivan yang cukup futuristik di pasaran China, baru-baru ini.

Ia yang dikenali sebagai L380 adalah merujuk kepada  saiz yang besar yang dikatakan hampir serupa dengan Airbus A380.

Dikhabarkan, L380 dibangunkan di fasiliti LEVC yang terletak di Zhejiang, China dimana  LEVC TX turut dipasang di fasiliti yang sama.

image.png

MPV besar ini menawarkan pilihan konfigurasi enam atau lapan tempat duduk dengan susun atur tempat duduk 2+2+2+2.

Ia yang seberat 2,805 kilogram memiliki ukuran panjang  5,316 mm, setinggi 1,998, selebar 1,940 mm dengan jarak roda 3,185 mm.

Mengenai trenkuasanya pula, L380 dibekalkan dengan motor elektrik tunggal oleh Viridi E-Mobility Technology dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat  268 hp.

Sementara itu, had kelajuannya adalah sekitar 170 km/j.

image.png

Menyentuh mengenai baterinya pula, ia ddikatakan merupakan unit ternary NMC yang dihasilkan oleh syarikat kerjasama CATL dan Geely.

Sebaliknya, kapasiti pek bateri jentera ini masih belum didedahkan secara terperinci.

Malah, L380 dikatakan akan menggunakan platform SOA (Seni Bina Berorientasikan Angkasa) LEVC yang sudah  diperkenalkan pada Mei lalu.

image.png

Ia juga menggunakan platform SEA Geely yang diubah sedikit khusus untuk kenderaan komersial elektrik.

Sebelum ini, ia diberi nama kod XE08 namun masih, tidak jelas sama ada LEVC L380 akan dikeluarkan secara eksklusif untuk pasaran Britain atau tidak.

Semuanya masih belum terjawab!

Selain itu, ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa ia akan didatangkan dengan versi pemanduan kiri (LHD) dan pemanduan kanan (RHD) dimana LHD untuk UK manakala RHD untuk pasaran China.

Apapun, kita tunggu pengumuman pihak syarikat dalam tempoh terdekat ini.

Apa yang pasti, sekiranya LEVC L380 diperkenalkan sebagai produk global, ia akan bersaing dengan model lain seperti Volvo EM90, Xpeng X9 dan Maxus Mifa 9.

Gallery

Tag:

London Electric Vehicle Company (LEVC)
AirbusA380
Geely LEVC L380
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026