Link Copiedcheck_circle
Global

Hyundai Elantra N Facelift Dilancarkan Di Thailand – 280 HP, Dari RM400K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyunda-ElantraN-Facelift-3.jpg


Hyundai Elantra N yang telah diberikan peningkatan reka bentuk luar dan dalam dilancarkan di Thailand


Hyundai Elantra N yang telah dikemas kini telah dilancarkan secara rasmi di Thailand semasa Pameran Automotif Antarabangsa Thailand 2023 (TIME 2023). Model ini dipasarkan di negara tersebut pada harga bermula daripada  THB 2.99 million (~RM400,000). 


Hyunda-ElantraN-Facelift-5.jpgHyunda-ElantraN-Facelift-8.jpgHyunda-ElantraN-Facelift-13.jpgHyunda-ElantraN-Facelift-12.jpg


Elantra N diberikan kit badan sporty N


Dibangunkan berdasarkan Elantra generasi ketujuh yang telah diperbaharui (dikenali sebagai Avante di Korea Selatan), model N yang telah dikemaskini ini menggunakan kit badan eksklusif N yang terdiri daripada bibir hadapan berwarna hitam/merah, skirt sisi dan rim hitam 19 inci baharu dengan kaliper brek N berwarna merah. 


Di bahagian belakang, Elantra N diberikan diffuser serta spoiler eksklusif N berwarna hitam yang sporty. Pada sudut ini juga terdapat dua paip ekzos yang besar. 


Hyunda-ElantraN-Facelift-9.jpgHyunda-ElantraN-Facelift-10.jpgHyunda-ElantraN-Facelift-11.jpgHyunda-ElantraN-Facelift-4.jpg


Ruang kabin Elantra N yang tampil canggih dan sporty


Bergerak ke bahagian dalam, lebih banyak sentuhan sporty N dapat dilihat. Tempat duduk yang digunakan bagi model berprestasi ini ialah jenis bucket yang dapat ‘memegang’ badan dengan kemas ketika kereta dipecut laju. Ciri menarik lain ialah gabungan dua buah skrin yang memaparkan fungsi khas litar, termasuk program rekod masa pusingan secara automatik apabila ia mengesan kedudukan kenderaan berdekatan litar perlumbaan. 


Hyunda-ElantraN-Facelift-7.jpgHyunda-ElantraN-Facelift-6.jpg


Model yang merupakan pesaing kepada Honda Civic Type-R FL5 ini mampu mencapai output 280 HP/392 NM


Sedan berprestasi tinggi yang  bangunkan sebagai pesaing kepada Honda Civic Type-R FL5 ini menggunakan enjin turbo 4 silinder 2.0 liter yang sama seperti sebelum ini, menghamburkan kuasa sebanyak 280 HP dan 392 NM tork. Angka ini mencukupi untuk memacu sedan saiz C ini dari 0 hingga 100 KM/J dalam masa 5.3 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 KM/J. 


Walaupun hanya ditawarkan dengan sistem transmisi automatik 8 kelajuan DCT (tiada pilihan manual), Elantra N menjanjikan prestasi pemanduan yang cukup hebat, kerana dilengkapi dengan electronic-limited slip differential (e-LSD), serta sistem suspensi kawalan elektronik dengan sistem multi-link di bahagian belakang.


Hyunda-ElantraN-Facelift-2.jpgHyunda-ElantraN-Facelift-1.jpg


Reka bentuk yang sporty dan futuristik 


Elantra N turut dilengkapi dengan pelbagai mod pemanduan yang  termasuk sistem ekzos boleh ubah N, kawalan pelancaran, N grin shift (NGN), N power shift (NPS), N track sense shift (NTS) dan banyak lagi.


Di pasaran Thailand, Elantra N yang diperbaharui ini dijual pada harga bermula daripada THB 2.99 juta (~RM400,000), lebih murah berbanding Honda Civic Type-R FL5 yang dijual pada harga THB 3.99 juta (~RM535,000).


Walaupun Honda Civic Type-R FL5 yang baru telah membuat kemunculan di Malaysia, harapan untuk model terbaru Hyundai ini memasuki pasaran Malaysia agak tipis. Model Hyundai N terakhir yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia ialah Hyundai i30 N, terhad hanya 20 unit pada tahun 2019.

Hyunda-ElantraN-Facelift-14.jpg


Tag:

Hyundai Elantra
Hyundai Elantra N
Hyundai Elantra N Facelift
Hyundai Thailand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Hyundai Elantra N TCR Edition Diperkenalkan – Gaya Sporty Yang Agresif Untuk Jalan Raya

Sekiranya Hyundai Elantra N versi standard tidak cukup sporty, versi khas yang dikeluarkan kali ini pasti akan mencuri hati. Syarikat automotif Korea ini kini memberikan sentuhan lebih agresif yang melahirkan Hyundai Elantra N TCR Edition.

20-11-2024
Global

[FOTO] Hyundai Elantra 2023 Didedahkan Di Korea Selatan, Lebih Sporty!

Imej Hyundai Elantra 2023 baru-baru ini telah didedahkan oleh Hyundai bagi pasaran Korea Selatan.

28-02-2023
Teknologi

Hyundai AS Akhirnya Sedia Teknologi Anti-Kecurian, Selepas Teknik Curi Kenderaannya Tular Di TikTok

Hyundai memperkenalkan perisian anti-kecurian bagi kenderaan yang tidak memiliki fungsi butang penghidup enjin dan sistem pelumpuh enjin.

15-02-2023
Berita Auto

Pelan Pembiayaan Untuk Pembelian Kereta Baharu

Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) memperkenalkan pelan pembiayaan baharunya yang menawarkan ansuran lebih fleksibel dan berpatutan sehingga sembilan tahun dengan pinjaman pembiayaan sebanyak 90 peratus sempena Sambutan Hari Raya.

11-05-2021
Berita Auto

Hyundai Santa Fe & Elantra 2021 Pemenang Anugerah Keselamatan Kereta Terbaik!

Hyundai Santa Fe dan Elantra 2021 telah menerima anugerah 2021 TOP SAFETY PICK.

29-04-2021
Global

Hyundai Elantra N TCR Edition Diperkenalkan – Gaya Sporty Yang Agresif Untuk Jalan Raya

Sekiranya Hyundai Elantra N versi standard tidak cukup sporty, versi khas yang dikeluarkan kali ini pasti akan mencuri hati. Syarikat automotif Korea ini kini memberikan sentuhan lebih agresif yang melahirkan Hyundai Elantra N TCR Edition.

20-11-2024

Berita Terkini

Global

Satu Lagi Pencabar Hypercar Masuk Pasaran,Chevrolet Corvette ZR1X, Harga Mungkin LEBIH Setengah Juta

Nampaknya satu lagi pencabar segmen hypercar, Chevrolet Corvette ZR1X generasi kelapan bakal memasuki pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

19-06-2025
Global

Gambar Mazda CX-5 Hybrid Dah Bocor, Maknanya Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi?

Nampaknya, crossover SUV terlaris Mazda, iaitu CX-5, bakal menerima perubahan yang agak ketara tidak lama lagi.

18-06-2025
Global

Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Ferrari 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi.

17-06-2025
Global

Cipta Rekod Sendiri: Volkswagen Golf GTI Edition 50 Catat Masa 7:46.13 minit Di Litar Nurburgring

Volkswagen Golf GTI Edition 50 menunjukkan taring sebenar apabila berjaya melengkapkan pusingan dalam masa 7:46.13 minit,

17-06-2025
Global

Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.

17-06-2025
Global

Subaru Rex Hibrid Baharu Gunakan Sistem Sama Seperti Perodua Ativa, Kini di Jepun

Subaru baru-baru ini memperkenalkan varian hibrid terbaru untuk model kompak crossover, Subaru Rex, di pasaran Jepun.

17-06-2025
Global

CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering

Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.

17-06-2025
Global

SUV Elektrik Xpeng G7 Didedahkan – Guna Teknologi AI, Capai 702 KM Satu Cas!

Xpeng memperluaskan portfolio kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran SUV elektrik terbaru, Xpeng G7. Ini spesifikasinya...

16-06-2025