Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Video Acah Range Rover Elektrik, Prestasi Setanding Enjin V8?

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Jaguar Land Rover (JLR) baru-baru ini telah mendedahkan beberapa imej dan video acah yang pertama untuk SUV mewah terkenalnya, Range Rover, yang khabarnya bakal dilancarkan dalam versi elektrik tidak lama lagi. Satu senarai menunggu juga telah dibuka bagi model ini yang dikatakan merupakan “Range Rover paling senyap dan elegan yang pernah dihasilkan.”


Sebelum membuat pendedahan rasmi imej dan video acah model ini, Land Rover telah membangunkan model ini secara maya, sebelum menghasilkan prototaip versi fizikal yang pernah dikesan sedang diuji dalam cuaca sejuk ekstrem di Sweden dan panas ekstrem di Dubai.


Pihak syarikat telah menjalankan ujian dan penilaian yang ketat untuk memastikan ketahanan sistem pacuan elektrik baharu, bateri dan casis. Dalam masa yang sama, ujian dinamik kenderaan untuk penurunan thermal turut diadakan. 


Range-Rover-Electric-3.jpgRange-Rover-Electric-2.jpgRange-Rover-Electric-4.jpgRange-Rover-Electric-5.jpg


Reka bentuk yang sentiasa relevan dan moden, kabin yang selesa serta kemampuan untuk ke mana sahaja, menjadi resepi pembangunan Range Rover versi elektrik


Range Rover elektrik yang bakal dilancarkan itu nanti dijanjikan akan memiliki prestasi yang setanding dengan model berkuasa V8 terkini. Syarikat mendedahkan bahawa model itu mampu untuk melakukan towing, menempuhi air berkedalaman sehingga 850 MM dan boleh melalui pelbagai jenis laluan (all-terrain), sekaligus menjadikannya SUV elektrik mewah yang terbaik. 



Range-Rover-Electric-1.jpg


Dibangunkan berdasarkan platform MLA JLR, Range Rover elektrik akan menggunakan senibina elektrikal 800 Volt yang boleh menerima input pengecasan pantas


Dengan senibina elektrikal yang mampu menampung 800 Volt, model ini akan dilengkapi dengan bateri dan unit pacuan elektrik yang dibangunkan khas oleh Electric Propulsion Manufacturing Center JLR. Bateri yang digunakan boleh menerima input pengecasan pantas. 


"Elemen ajaib yang menjadi asas kejayaan Range Rover tidak berubah: reka bentuk yang sentiasa relevan, kabin yang selesa, serta keupayaan untuk ke mana sahaja - tetapi kini ditawarkan dalam versi sifar karbon," tambah JLR.

Tag:

Range Rover Electric
EV Range Rover
Jaguar Land Rover (JLR)
SUV Elektrik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover

PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.

06-08-2025
Global

Land Rover Defender 2026 – Kini Lebih Eksklusif & Ada Ciri Off-Road Canggih

Jaguar Land Rover (JLR) secara rasmi telah memperkenalkan versi terkini bagi model ikoniknya, Land Rover Defender.

29-05-2025
Kereta Baru

Defender V8 Dilancar, Harga Bermula Dari RM998,000

JLRM melancarkan Defender V8 di pasaran Malaysia, semalam.

15-04-2025
Berita Auto

Pengerusi Tata Motors, Ratan Tata Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Pemilik dan Pengerusi Tata Motors, serta bekas pengerusi Jaguar Land Rover, Ratan Tata menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di sebuah hospital di Mumbai, India malam tadi.

10-10-2024
Berita Auto

[LAPORAN] Inokom Terlibat Dalam Pemasangan Tempatan Model Jaguar Land Rover

Ada ura-ura mengatakan bahawa Jaguar Land Rover (JLR) mahu melakukan pemasangan CKD di Malaysia.

30-03-2023
EV

Zeekr 7X Generasi Seterusnya Didedahkan – Cecah 784 HP, Capai 802 KM, Cas Hanya 10 Minit!

Walaupun baru sahaja membuat kemunculan sulung di Malaysia beberapa bulan lalu, model Zeekr 7X sudah pun ‘melalui evolusi’ besar-besaran di China.

23-10-2025
Kereta Baru

SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03, Kini Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM119,800

Sebentar tadi iCaur Malaysia secara rasminya telah melancarkan model pertamanya di pasaran Malaysia, sebuah SUV elektrik ranggi, iCaur 03.

09-09-2025
EV

SUV Elektrik Zeekr 7X Bakal Dilancarkan Suku Ke-3 2025 - Cas Sepantas 10.5 Minit!

Model ini bakal menjadi model ketiga Zeekr yang dilancarkan di negara kita selepas kehadiran Zeekr X dan Zeekr 009.

18-02-2025

Berita Terkini

EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025
EV

Kes Dua EV Terbakar Serentak Bukan Berpunca Daripada Pengecas – Bomba

Isu keselamatan kenderaan elektrik (EV) kembali menjadi bualan hangat susulan insiden kebakaran membabitkan dua buah EV di sebuah kediaman, baru-baru ini.

29-12-2025
EV

Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.

26-12-2025
EV

Nissan Ariya Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia Sebaliknya Di Jepun

Nissan Ariya EV versi facelift membuat penampilan rasminya di Jepun, baru-baru ini.

24-12-2025