Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Meriah Perhimpunan TT Ford Penampang

Suhana Veru

Kongsi melalui

5D4_0442.JPG

Ford Penampang (Rightpower Corporation) menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 2023 di J Borneo Native Village, Penampang, Sabah baru-baru ini.

Program itu diadakan bagi meraikan hubungan erat dan perkongsian minat yang sama terhadap gaya hidup aktif dan mencabar bersama Ford Ranger.

Difahamkan, ia merupakan acara terbesar yang mendapat  kerjasama daripada Kelab Pemilik Ford Ranger (FROC) Borneo.

Manakan tidak, kira-kira 320 peserta yang terdiri daripada pemilik dan ahli keluarga mereka yang mengikuti acara berkenaan.

5D4_0605.JPG

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford., Turse Zuhair berkata, pihaknya  teruja melihat pengedar Ford mengambil inisiatif untuk mengeratkan lagi perhubungan dalam kalangan komuniti mereka.

“Tahniah Ford Penampang dan Kelab Pemilik Ford Ranger Borneo atas kejayaan Pehimpunan Mega TT tahun ini. 

“Kami juga berbesar hati untuk menyokong komuniti pemilik seumpama ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Pemilik Ford Ranger Borneo, Julius Sidin berkata,  Perhimpunan Mega TT ini menjadi bukti kepada hubungan erat antara peminat Ford Ranger.

5D4_0141.JPG5D4_0542.JPG

“Ia bukan sahaja memberi tumpuan terhadap minat mendalam kepada Ranger, tetapi isu-isu lain yang berkaitan,” katanya.

Ditubuhkan pada 2013, FROC Borneo ketika ini mempunyai seramai 1,009 ahli. 

Kelab itu menganjurkan dua atau tiga acara setahun untuk mengeratkan kerjasama dengan SDAC-Ford yang turut membawa kepada lebih banyak perkongsian pengetahuan yang lebih mendalam terhadap Ranger dan memberikan lebih banyak aktiviti nilai tambah kepada ahlinya.

Pemilik Ford Ranger yang berminat untuk menyertai FROC Borneo dan terus menerima makluman berkaitan acara yang bakal dianjurkan boleh berhubung dengan bilik pameran Ford Penampang di talian 088-702222.

Untuk maklumat lanjut berkaitan SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan saluran YouTube atau layari www.sdacford.com.my.

Tag:

Sime Darby Auto Connexion (SDAC)
Ford Ranger
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur

Pusat pengedar itu dibuka untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti kepada para pelanggannya di Sabah dan Sarawak.

04-02-2025
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024
Gaya Hidup

SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia terus komited membantu masyarakat Orang Asli, baru-baru ini.

18-03-2024
Berita Auto

PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas

SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi apabila 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest terjual pada tahun 2023.

12-03-2024
Gaya Hidup

Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways

SDAC bakal mengadakan program Ford Ranger Getaways 2024 lebih esktrem untuk tahun ini.

26-02-2024
Pandu Uji

Ford Ranger Platinum: Mewah Luar, Dalam

Berminat untuk membeli Ford Ranger Platinum, baca artikel ini.

18-11-2023
Berita Auto

Malaysia Pasaran Pertama Terima Ford Ranger Platinum

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion secara rasminya memperkenalkan dua model Ford bahar ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

03-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026