Link Copiedcheck_circle
Global

Nissan GT-R R35 Dihidupkan Kembali – Gaya Retro R34, 1000 HP, Badan Karbon Penuh!

Sofea Najmi

Kongsi melalui
Artisan-GT-R-9.jpg

Nissan GT-R dirombak oleh Artisan Vehicle Design, menampilkan ciri rekaan yang diambil dari Skyline GT-R R34.


Desas-desus mengatakan bahawa model ikonik Nissan GT-R R35 yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada 15 tahun lalu akan dihidupkan kembali dalam versi elektrik. Baru-baru ini, sebuah syarikat yang berpangkalan di London,  Artisan Vehicle Design, telah membina model Nissan GT-R khas yang diinspirasikan daripada beberapa model GT-R lama, terutamanya Skyline GT-R R34.


Artisan-GT-R-13.jpgArtisan-GT-R-10.jpgArtisan-GT-R-12.jpgArtisan-GT-R-11.jpg


Reka bentuk retro GT-R R34 yang diberikan sentuhan moden 


Dibina di atas platform standard Nissan GT-R R35, model yang dibangunkan khas ini menggunakan badan gentian karbon sepenuhnya, yang mana setiap panel badan standard GT-R  digantikan untuk mengurangkan berat dan meningkatkan kekakuan (stiffness) badan kereta. Berdasarkan pemerhatian, panel badan baharu ini jelas mempamerkan reka bentuk model GT-R R34, namun dalam versi lebih moden. 


Artisan-GT-R-7.jpgArtisan-GT-R-8.jpgArtisan-GT-R-4.jpgArtisan-GT-R-16.jpg


GT-R Artisan ditawarkan dalam pilihan warna retro 


GT-R yang dihasilkan Artisan ini ditawarkan dalam beberapa pilihan warna retro, termasuk biru Bayside Blue R34, ungu Midnight Purple, emas kehijauan Millennium Jade, dan warna putih dengan aksen merah yang diambil daripada model GT-R Nismo.


Artisan-GT-R-5.jpgArtisan-GT-R-6.jpg


Ruang kabin GT-R Artisan ini tampil lebih moden


Bergerak ke bahagian dalamnya, kabin GT-R Artisan ini sarat dengan penggunaan gentian karbon dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden, berbeza dengan model GT-R terdahulu. Antara yang menarik ialah skrin infotainmen tengah dalam orientasi potret, papan pemuka hadapan dan panel pintu daripada gentian karbon, stereng gentian karbon dengan ruang pegangan balutan Alcantara, serta tempat duduk jenis bucket yang menggunakan upholsteri Alcantara. 


Selain model yang dipaparkan, Artisan Vehicle Design memaklumkan bahawa pelanggan juga boleh memilih rekaan kabin berbeza mengikut keinginan masing-masing. Tambah firma tersebut, ‘tiada had’ ditetapkan demi kepuasan pelanggan. 


Artisan-GT-R-15.jpg


GT-R Artisan dikuasakan oleh enjin enam silinder VR38DETT yang sama seperti GT-R versi standard, namun diberikan talaan lebih baik. 


Selain perubahan kosmetik reka bentuk dan konsep rekaan kabin yang lebih moden, pasukan daripada Artisan juga telah mengubah sistem trenkuasa jentera ini. Model ini ditawarkan oleh syarikat tersebut dalam dua varian iaitu varian asas, Track, yang menggunakan enjin V6 3.8 liter turbo kembar GT-R standard kini menghasilkan kuasa sebanyak 800 HP, sementara varian Ultimate yang teratas dapat mencapai output setinggi 1,000 HP.


Kedua-dua varian GT-R Artisan juga diberikan sistem brek, suspensi dan set tayar yang lebih baik demi kualiti pengendalian yang menakjubkan terutamanya di selekoh. 


Artisan-GT-R-2.jpgArtisan-GT-R-1.jpg


Berita buruk untuk peminat JDM, buat masa ini, GT-R yang dibina khas ini hanya wujud di alam maya. Prototaip sebenar model ini bakal dipertontonkan secara rasmi semasa pameran SEMA yang akan berlangsung pada penghujung tahun 2024.


Sebaik ditawarkan di pasaran nanti, model ini dijangka akan dihasilkan di Hannover, Jerman, dan hanya 36 unit akan dijual di seluruh dunia pada harga kira-kira $450,000 (~RM2 juta).

Artisan-GT-R-14.jpg

Tag:

Nissan GT-R
Artisan Vehicle Design
Nissan GT-R R35
Nissan Skyline GT-R R34
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

27-08-2025
Global

18-06-2024
EV

12-06-2024
Global

04-06-2024
Global

17-03-2024
Global

14-03-2024
Global

11-03-2024
Global

20-12-2023

Berita Terkini

Global

Kabin Mercedes-Benz GLB Generasi Terbaru Didedahkan – Lebih Mewah & Canggih

SUV crossover kompak Mercedes-Benz GLB generasi kedua dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada awal bulan hadapan, 8 Disember.

14-11-2025
Global

China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

Kementerian Keselamatan Awam China kini mencadangkan had masa pecutan 0–100 km/j dikurangkan dalam tempoh lima saat bagi kenderaan bermotor.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025