Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tarik Balik Beg Udara Takata: Ini Model Terjejas:

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menarik balik   6,671 keretanya  yang membabitkan pelbagai  jenis model yang dihasilkan antara tahun 2010 hingga 2014 selepas mengesan masalah pada perumah peledak gas beg udara di bahagian pemandu.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu antara model yang terjejas ialah  Golf GTi generasi keenam, Eos, Passat CC, Polo, Beetle dan Vento, dimana ia dilengkapi dengan generator gas beg udara di bahagian pemandu.

image.pngimage.png

Antara model yang terjejas ialah Beetle.

“Kebimbangan terhadap perumah berkenaan adalah disebabkan kemerosatan pada pemula pendorong peledak gas tersebut kerana kelembapan udara yang tinggi dan suhu yang turun naik dalam tempoh masa yang lama.

“Ini boleh menyebabkan  potensi kecederaan pada pemandu dan penumpang,” katanya.

image.pngimage.png

Antara model yang terjejas.

Untuk itu, pihak VPCM telah mengambil langkah-langkah yang perlu dengan rakan peniaga bagi memastikan ketersediaan alat ganti bagi memastikan penarikan balik berjalan dengan lancar dan cekap.

Sehubungan itu, penarikan balik di seluruh negara akan dijalankan secara berperingkat bagi memudahkan untuk menguruskan bilangan kes.

“Semua pemberitahuan  kepada pemilik dibuat berdasarkan pangkalan data Volkswagen. Makluman mengenai perkara ini akan dibuat menerusi e-mel dan WhatsApp.

image.png

“Bagi pelanggan yang membeli kenderaan daripada pemilik terdahulu atau pengedar kereta terpakai dinasihatkan untuk segera menghubungi Volkswagen terdekat yang diberi kuasa peniaga untuk pengesahan,”tambahnya.

Bagaimanapun, bagi pihak yang terjejas, anda jangan risau kerana sekiranya penggantian komponen  diperlukan, tiada sebarang kos akan dikenakan ke atas pemilik.

Untuk keterangan lanjut, layari.

Gallery

Tag:

Volkswagen GTI
Volkswagen Passat
Volkswagen Polo
Volkswagen Vento
Volkswagen and Passenger Cars Malaysia (VPCM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.

05-11-2025
Global

Volkswagen Golf GTI Edition 50 Terbukti Sebagai GTI Paling Berkuasa – Ini Rahsianya...

Selepas mencipta rekod baru di litar Nurburgring minggu lalu, Volkswagen secara rasmi melancarkan model edisi istimewa, Golf GTI Edition 50.

23-06-2025
Berita Auto

Jom Tengok Golf R-Line Di Pusat Beli-Belah One Utama

VPCM mengadakan roadshow di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

24-02-2022
Berita Auto

Kapal Kargo Yang Membawa Kereta Mewah Itu Diselubungi Asap Tebal

Kapal kargo yang membawa kira-kira 4.000 kenderaan termasuk Porsche, Audi dan Bentley, terbakar di kawasan perairan berhampiran Azores di Itali.

22-02-2022
Kereta Baru

Volkswagen Golf R-Line Dan GTi 2022 Dilancarkan: Harga Bermula Daripada RM155K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia Sdn Bhd baru sahaja melancarkan Volkswagen Golf terbaharu di Litar Antarabangsa Sepang.

17-02-2022
Berita Auto

3 Model VW Ini Dipanggil Semula Kerana Isu Pemasangan Lapik Pelindung Haba

VPCM panggil balik beberapa model keluarannya kerana isu pemasangan.

06-02-2024
Berita Auto

Tawaran Istimewa Volkswagen Sepanjang Bulan Jun

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan promosi penjimatan istimewa sepanjang bulan Jun ini.

04-06-2021
Berita Auto

Penat Tersangkut Dalam Kesesakan? Kini Tidak Lagi Dengan IQ-DRIVE Volkswagen Polo

Pasaran automotif kini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Volkswagen Polo yang terbaharu.

24-08-2021

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026