Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW Masih Jenama Kenderaan Premium Nombor 1

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Group Malaysia melabuhkan tirai tahun 2023 dengan menyerahkan sebanyak  15,012 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad.

Ini memperkukuhkan kedudukan syarikat BMW sebagai Pengeluar Kenderaan Premium Nombor Satu di Malaysia untuk tahun yang keempat secara berturut-turut. 

IMG_3711.JPG

Berdasarkan pecahan angka, lebih 3,600 unit kenderaan elektrik (EV) BMW, MINI dan BMW Motorrad sudah diserahkan dimana 24.5% daripada seluruh bilangan penyerahannya itu bersamaan dengan pertumbuhan sebesar 136% berbanding tahun lepas.

Selain itu, MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia merekodkan pertumbuhan sebesar 42% dengan lebih daripada 1,700 kenderaan yang berjaya diserahkan. 

IMG_3717.JPG

BMW Motorrad pula menyaksikan pertumbuhan sebanyak 13% dengan lebih 1,500 motosikal yang diserahkan.

Ini bermakna terdapat  peningkatan  hampir 4% dalam bilangan penyerahan yang merentasi seluruh portfolio BMW Group dari tahun 2022.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua MINI Rantau Asia, Eropah Timur, Timur Tengah, Afrika di BMW Group,  Pierre Jalady berkata, pihaknya melakar kejayaan yang  cemerlang berikutan  barisan kenderaan BMW yang sedia ada dalam pasaran automotif premium tempatan.

“Kita dapat menyaksikan model-model kenderaan BMW i mencatatkan pertumbuhan yang amat memberangsangkan, khususnya melalui perungkaian BMW iX1, BMW iX, BMW i7, MINI Electric dan jentera elektrik yang sulung dalam arena Mobiliti Urban, BMW CE 04. 

IMG_3727.JPG

“Sambutan terhadap  kenderaan ini telah membolehkan kita meraih gelaran Pembekal Kenderaan Elektrik Premium Nombor Satu di Malaysia, satu pencapaian yang kita sangat banggakan kerana ia membuktikan matlamat kita untuk mencorak, meneraju dan menjamin masa depan landskap automotif Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi taklimat perniagaan Kumpulan Syarikat tersebut bagi tahun 2024, sebentar tadi.

Difahamkan, prestasi BMW Group di Malaysia sebenarnya  mencerminkan kejayaan jenama ini di peringkat global, dengan lebih 2,500,000 kenderaan yang diserahkan merentasi portfolio BMW Group di seluruh dunia sekali gusmenjadi rekod jualan yang tertinggi setakat ini. 

Prestasi kenderaan elektrik daripada portfolio BMW Group juga telah berkembang dengan pesat pada tahun 2023, menyumbang kepada 15% daripada seluruh penyerahan yang dibuat oleh BMW Group dengan menekankan peranan rintis pengeluar kenderaan premium ini dalam segmen kenderaan elektrik di serata dunia.

Gallery

Tag:

BMW Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026