Link Copiedcheck_circle
EV

Chery Malaysia Dedah Rancangan Sediakan Pengecas EV, AC & DC

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CHERY-PC-WEB_PRESS-2.jpg


Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang, semasa menyampaikan maklumat mengenai rancangan Chery di masa hadapan ketika sidang media awal minggu ini. 


Chery Malaysia baru-baru ini telah mengadakan sidang media dan CariCarz.com diberikan peluang untuk mengutarakan pertanyaan tentang persediaan yang dilakukan syarikat sempena kedatangan model elektrik pertamanya, Omoda E5, di pasaran Malaysia tidak lama lagi.


Menjawab persoalan kami, Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang, berkata, "Buat masa ini, kami telah memulakan perbincangan dengan pemain utama dari kedua-dua bahagian iaitu operator stesen pengecasan (CPO) dan pembekal OEM.”


web_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-3.jpg


SUV crossover elektrik Chery Omoda E5 dijadualkan akan dilancarkan pada bulan Mac. Sebelum pelancaran rasmi EV tersebut, Chery Malaysia sedang berusaha untuk menyediakan pengecas EV di pusat pengedarannya. 



web_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-11.jpgESD_1390.jpg


Cawangan-cawangan besar Chery, khususnya pusat 3S dan 4S, akan menyediakan stesen pengecas pantas DC. Untuk maklumat pembaca,  Omoda E5 boleh menerima input pengecas AC sehingga 9.9 kW dan pengecas pantas DC sehingga 80 kW.


Menjelang kedatangan Omoda E5 di pusat jualan Chery, Lee memaklumkan bahawa pelanggan boleh menjangkakan ketersediaan kemudahan pengecasan EV. Beliau menyatakan bahawa pembangunan kedua-dua jenis stesen pengecas iaitu AC dan DC kini sedang dirancang. 


"Kami merancang untuk mempunyai pengecas DC di cawangan-cawangan besar Chery, khususnya pusat 3S dan 4S. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada beberapa faktor, antaranya adalah pelaburan rakan niaga kami," terang Lee.


Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai jenis fasiliti pengecas dan kelajuan pengecasan yang akan ditawarkan bagi pengecas DC yang akan disediakan kelak. 


web_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-4.jpg


Harga dan pakej yang akan ditawarkan bagi Omoda E5 masih belum didedahkan, namun Chery Malaysia telah mula mengatur sesuatu terutamanya membabitkan tawaran pengecas wallbox.


Jelas beliau, pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan dengan pembekal OEM untuk memenuhi permintaan terhadap pengecas wallbox daripada pembeli Omoda E5 pada masa akan datang. 


"Kami sedang meneliti semua pilihan yang ada pada masa ini dan akan menentukan pakej terbaik untuk ditawarkan kepada pelanggan," tambahnya.


Untuk makluman pembaca, Chery Malaysia mengesahkan rancangan untuk melancarkan Omoda E5 secara rasmi pada bulan Mac tahun ini. Harga, serta pakej jualan yang akan ditawarkan masih belum diumumkan. 


web_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-2.jpg


Menggunakan bateri LFP 61 kWh dan motor tunggal, Omoda E5 menjanjikan jarak pemanduan sehingga 430 KM dengan sekali cas.


Pada bulan November tahun lalu, Omoda E5 telah dipertontonkan kepada media dalam satu acara eksklusif yang diadakan di KLCC. Omoda E5 dijangka akan menggunakan pek bateri LFP 61 kWh yang menyalurkan tenaga kepada motor elektrik hadapan. Menggunakan sistem ini, E5 boleh mencapai output setinggi 201 HP dan tork 340 NM dan bergerak sejauh 430 KM dengan cas penuh. Bateri SUV elektrik ini boleh menerima input pengecasan AC sehingga 9.9 kW dan DC sehingga 80 kW.


Menurut Chery Malaysia, menggunakan pengecas DC, Omoda E5 boleh dicas dari 30-80% dalam masa hanya 30 minit. Selain itu, EV Omoda E5 juga mempunyai keupayaan V2L (kenderaan-ke-beban) terbina dalam yang mampu menyalurkan cas elektrik sehingga 3.3 kW.


Seperti yang dinyatakan di awal artikel, kembar elektrik kepada Omoda 5 ini dijadualkan untuk dilancarkan pada bulan Mac ini. Selepas Omoda E5, Chery Malaysia telah merancang untuk mengembangkan barisan produknya dengan memperkenalkan dua model baharu yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman (ICE) iaitu Tiggo 7 Pro dan model lain yang masih belum didedahkan. 

web_Chery-Malaysia_4S-Centre_Medini_Johor-Bahru_-1.jpg

Tag:

Chery Malaysia
Chery Omoda
Chery Omoda E5
Chery 2024
Chery Omoda 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

09-01-2026
Berita Auto
Gaya Hidup

24-12-2025
Gaya Hidup
Berita Auto

17-12-2025
Berita Auto
Gaya Hidup

09-12-2025
Pandu Uji

09-12-2025

Berita Terkini

EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026