Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Dia Senarai Kereta ICE Harga Rahmah Sehingga Harga Kayangan!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.pngimage.pngimage.pngimage.png

Baru dua hari tahun 2023 berlalu, namun tahun 2023 membuktikan ia adalah tahun yang cukup mengujakan buat kaki kereta dan pembeli kereta tempatan.

Biarpun, akhir-akhir tahun lalu kebanyakan pengeluar kereta dilihat cukup aktif melancarkan kenderaan elektrik (EV) namun mereka juga tidak melepaskan peluang daripada memperkenalkan model-model kereta yang menggunakan enjin petrol.

Jadi, kami menyenaraikan lima kenderaan baharu yang dilancarkan sepanjang tahun lalu.

Berikut adalah senarainya:

PROTON S70

image.png

Proton sekali lagi menggegarkan industri automatif apabila melancarkan hot item terbaharunya iaitu S70.

Rekaan asal kereta ini yang menggunakan model kereta Geely Emgrand ditawarkan pada harga mampu milik.

Didapati dalam empat varian, ia dijual pada harga dari RM RM73,800 hingga RM94,800 bergantung kepada varian.

Kesemua varian digandingkan dengan enjin 1.5 liter turbo  DOHC tiga silinder dan dipadankan bersama kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan 7DCT.

S70 mampu menghamburkan kuasa setakat  147 hp   dan tork 226Nm

Sebaik dilancarkan, pihak Proton menerima lebih 1,200 tempahan dan model sedan ini dikatakan akan menjadi model paling laku Proton walaupun SUV masih menerajui dalam pasaran.

2. Perodua Axia 1.0E MT @ 'Axia Rahmah'

Apabila supermini Axia yang dibangunkan berdasarkan DNGA dilancarkan, satu Malaysia kecoh  disebabkan harganya yang cukup marhaen iaitu cuma serendah RM22,000.

Maka tidak hairanlah mengapa ia digelar sebagai Axia Rahmah, zaman sekarang mana nak dapat kereta semurah itu kecuali daripada Perodua.

image.png

Lagipun, Perodua sememangnya popular dari dulu lagi kerana mampu menyediakan mobiliti pada harga yang sangat, sangat berpatutan.

Tambah panas lagi apabila Daihatsu mengakui pihaknya melakukan penyelewangan salah laku yang membabitkan ujian keselamatan membabitkan beberapa model keluaran Daihatsu di Jepun.

Di sebalik isu skandal ujian keselamatan Daihatsu, Perodua masih menjalankan operasi seperti biasa. 

Mungkin ada yang mengatakan bahawa pelancaran Axia Rahmah dilihat kena pada masanya. Tambahan pula, dengan kenaikan kos sara hidup selepas pandemic Covid-19.

Sejak itu, orang ramai dilihat lebih memilih kenderaan berharga murah.

Bayangkan hanya pada harga RM22,000 dengan ansuran bulanan bayaran serendah RM300, tiada sesiapa yang mampu menewaskan Axia Rahmah dari harganya.

3. Toyota Alphard & Vellfire

image.png

Melihat kepada populariti kedua-dua model Alphard dan Vellfire, ramai yang mempersoalkan bilakah MPV baharu  ini akan mendarat di Malaysia.

image.png

Selepas kecoh sekejap, apa yang cukup mengejutkan kita ialah UMT Toyota Motor (UMWT) secara rasminya memperkenalkan Alphard dan Vellfire sejurus penampilan sulung mereka di Jepun.

Toyota Alphard  dan Vellfire 2023 generasi AH40  ditawarkan dengan pilihan pembakaran dalaman sahaja.

Ketibaan Alphard dan Vellfire gen AH40 yang dibangunkan berdasarkan TNGA melengkapkan barisan jualan UMWT. Kedua-duanya tiba dalam varian tunggal, manakala  Alphard Executive Lounge diletakkan di atas Vellfire sebagai pilihan berspesifikasi tinggi.

Alphard dijana dengan enjin 2.4 liter 4-silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 278 PS dan tork 430Nm manakala Vellfire pula menghamburkan kuasa 182 PS dan 235Nm.

Biarpun,  harga kedua-dua model ini agak tinggi Vellfire (RM438,000) dan  RM538,000 (Alphard) namun ia tetapi mendapat respons positif. Ini mungkin kerana kebanyakannya masih belum memasuki pasaran rekon tempatan.

4. Honda Civic Type R FL5

image.png

Ketibaan Honda Civic Type R FL5 baharu di Malaysia juga menjadi persoalan mengenai  pengeluaran yang lembap di  kebanyakan pasaran tempatan Jepun dan luar negara.

Namun ia tidak menjejaskan pasaran tempatan, Ini mungkin kerana Honda Malaysia cuma memperuntukkan 19 unit di Malaysia.

Pengagihan unit akan dilakukan berdasarkan undian.

Civic Type-R ini dikuasakan oleh enjin VTEC Turbo 2.0L yang menghasilkan 315 HP (319 PS) dan 420 NM tork, memacu model berkuasa tinggi ini dari 0-100KM/J dalam masa 5.5 saat. 

Walaupun angka RM399,900 Honda Malaysia yang dikemukakan untuk setiap satu kelihatan agak berlebihan pada mulanya, namun ia tetapi menjadi pilihan penggemar kereta H.

5. Porsche 911 GT3 RS (992)

Biarpun,tahun 2023 menyaksikan tidak banyak kereta sport dilancarkan namun di sebalik itu, ada juga kereta mewah yang dilancarkan iaitu Porsche 911 GT3 RS.

image.png

Walaupun kita  berada dalam era SUV dan EV, mujur jenama seperti Porsche kekal dengan identitinya sebagai jenama kereta sport.

Jentera ini  yang dikuasakan oleh enjin flat-six 4.0 liter NA mampu menghamburkan kuasa setinggi 525 hp dan tork maksima 465 Nm.

Dipadankan dengan kotak gear  Porsche Doppelkupplung (PDK) tujuh kelajuan, ia mampu mencapai pecutan dari 0 hingga100 kilometer sejam (km/j) hanya  dalam masa 3.2 saat sahaja.

Melihat kepada kehebatan jentera ini, anda boleh mengatakan bahawa harga asas RM2.63 juta dilihat agak murah. Jangkakan nilai jualan semulanya hanya akan meningkat pada tahun-tahun akan datang.


Gallery

Tag:

Porsche 911 GT2 RS
AXIA RAHMAH
Proton S70 Sedan
2023 Honda Civic Type-R
Porche GT3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

07-03-2023
Berita Auto

30-12-2023
Berita Auto

07-07-2023
Tips

16-06-2023
Berita Auto

21-10-2024
Global

09-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Hadkan Pembelian RON95 Sehari Sekali? Masih Belum Ada Rancangan!

Hadkan Pembelian RON95 Sehari Sekali? Masih Belum Ada Rancangan!

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mengehadkan pembelian petrol RON95 melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada sekali sehari.

23-09-2025
Berita Auto
Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026

Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026

RV Kenderaan Sewa & Pandu Pelancongan (KSPP) untuk komersial di Semenanjung dan Kereta Sewa Pandu (KSP)di Sabah, Sarawak dan Labuan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

23-09-2025
Berita Auto
Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM

Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM

Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.

23-09-2025
Berita Auto
Wanita Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Lebuhraya Karak

Wanita Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Lebuhraya Karak

Seorang wanita maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak, awal pagi tadi.

23-09-2025
Berita Auto
SIB, APU Jalin Kerjasama Untuk Kukuhkan Teknologi EV, Hibrid

SIB, APU Jalin Kerjasama Untuk Kukuhkan Teknologi EV, Hibrid

Sapura Industrial Berhad dan Asia Pacific University menjalinkan kerjasama untuk memperkasakan kemahiran dalam EV, Hibrid dan perkilangan pintar di Malaysia.

23-09-2025
Berita Auto
Hujan Ribut: 30 Kereta Rosak, Bumbung PPR Di Pantai Dalam Tercabut

Hujan Ribut: 30 Kereta Rosak, Bumbung PPR Di Pantai Dalam Tercabut

Kira-kira 30 buah kereta rosak selepas bumbung Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Pantai Dalam, Kuala Lumpur tercabut dan terbang.

23-09-2025
Berita Auto
Cip MyKad Rosak? Boleh Ganti Secara Percuma Mulai Esok Hingga 7 Okt Ini!

Cip MyKad Rosak? Boleh Ganti Secara Percuma Mulai Esok Hingga 7 Okt Ini!

Kerajaan mengumumkan penggantian MyKad percuma bagi individu yang mengalami masalah cip rosak pada kad pengenalan mereka bermula esok sehingga 7 Oktober.

22-09-2025
Berita Auto
BUDI95: JPJ Tambah Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu,  Kaunter Pelbagai Mulai 27 Sept Ini

BUDI95: JPJ Tambah Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu, Kaunter Pelbagai Mulai 27 Sept Ini

JPJ mengumumkan penambahan waktu operasi kaunter Lesen Memandu dan Kaunter Pelbagai di seluruh negara mulai 27 September ini.

22-09-2025