Link Copiedcheck_circle
Global

[LAPORAN] Chery Bangunkan Trak Pikap Sederhana, Mungkin Begini Rekaannya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-OMODA5-H-EXT-7.jpg


Selain SUV dan crossover, Chery juga sedang membangunkan trak pikap saiz sederhana pasaran terpilih di seluruh dunia.


Syarikat pengeluar kenderaan daripada negara China, Chery, dikhabarkan sedang berusaha untuk membangunkan trak pikap bersaiz sederhana, bagi memperkembangkan portfolionya yang kini dibarisi model SUV dan crossover. 


Seperti yang dilaporkan oleh CarScoops, trak pikap sederhana yang sedang dibangunkan itu akan menembusi pasaran terpilih di seluruh dunia termasuk Amerika Selatan, Asia-Pasifik serta Australia. Trak pikap ini akan dilancarkan di bawah nama Chery di Australia, sementara pasaran lain pula di bawah sub-jenama ‘Karry’.


Chery-PickUpTruck-Carscoops-1.jpg


Foto menunjukkan gambaran trak pikap Chery (Sumber: CarScoops)


Selain itu, CarScoops turut mendedahkan imej-imej render trak pikap Chery, yang mana beberapa elemen pada model-model terkini Chery dapat dilihat digabungkan dalam penghasilan ‘trak ramalan rekaan’ ini, terutamanya Omoda 5. 


Walaupun sudut hadapannya kelihatan agak radikal untuk sebuah trak pikap, tetapi bahagian lain trak kelihatan tidak jauh berbeza dengan trak standard lain. Ciri-ciri tipikal seperti garis bumbung yang bersudut dengan lengkungan roda yang lebar serta rel bumbung dapat dilihat melalui imej ini. 


Penggunaan roda yang besar sebagai gambaran trak ini mencerminkan bahawa model ini mungkin dihasilkan dengan idea Chery sedang membangunkan sebuah trak pikap untuk kegunaan harian atau jalan raya biasa. 


Chery-PickUpTruck-Carscoops-3.jpg


Gambaran yang dihasilkan oleh seorang pelakar untuk bahagian kabin trak pikap Chery (Sumber: CarScoops)


Berkenaan bahagian dalamnya, pelukis render tersebut menghasilkan ruang kabin yang kelihatan sama seperti pada SUV Omoda 5, padat dengan kelengkapan moden demi keselesaan penumpang. Antara yang dapat dilihat melalui foto ini ialah penggunaan dwi-skrin bersaiz 10.25 inci, stereng tiga jejari serta konsol tengah jenis ‘terapung’ yang menempatkan tombol gear dan pad pengecas tanpa wayar. 


Selain reka bentuk, CarScoops turut mendedahkan beberapa butiran  mekanikal yang dijangka akan digunakan pada trak pikap tersebut. Model itu dikatakan akan menggunakan casis body-on-frame, dan akan ditawarkan dalam beberapa pilihan trenkuasa yang berbeza, termasuk versi enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik (EV). 


Caricarz-MBA-Chery-Exeed-Exlantix-ES-2.jpg


Sekiranya ditawarkan dalam versi EV, trak ini dikatakan akan menggunakan kuasa elektrik yang sama seperti sedan bersaiz sederhana, Exeed Sterra ES baharu


Untuk versi elektrik, trak pikap ini dikatakan akan meminjam komponen EV daripada sedan bersaiz sederhana, Exeed Sterra ES yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Model tersebut menggunakan sistem AWD dua motor dengan output 473 HP (353 kW). Sementara itu, model ICE akan diberikan enjin berpengecas turbo 2.0 liter dan PHEV pula enjin berpengecas turbo 1.5 liter Jetour Traveller. 


Chery-PickUpTruck-Carscoops-2.jpg


Adakah trak pikap baharu ini akan memasuki pasaran kita tidak lama lagi? (Sumber: CarScoops)


Apabila dilancarkan kelak, trak pikap ini akan muncul sebagai pesaing kepada model-model seperti Ford Ranger, Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton, Nissan Navara, Mazda BT-50 dan trak sederhana lain. Model ini dijangka akan dijual pada penghujung tahun 2025. Mengambil kira sasaran pasaran yang ditetapkan oleh Chery untuk model ini, peluang untuk kita melihat kedatangan trak pikap ini di pasaran kita adalah sangat tinggi.


Tag:

Chery
Trak Pikap
Trak Chery
Gambaran
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.

21-04-2026
Global
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.

13-01-2026
Berita Auto
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.

26-12-2025
Global
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.

04-12-2025
Global
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Berita Auto
Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.

23-10-2025
Kereta Baru
Jenama "Lepas" Pula  Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.

21-10-2025
Global
Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.

21-10-2025

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026