Link Copiedcheck_circle
Global

[LAPORAN] Chery Bangunkan Trak Pikap Sederhana, Mungkin Begini Rekaannya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-OMODA5-H-EXT-7.jpg


Selain SUV dan crossover, Chery juga sedang membangunkan trak pikap saiz sederhana pasaran terpilih di seluruh dunia.


Syarikat pengeluar kenderaan daripada negara China, Chery, dikhabarkan sedang berusaha untuk membangunkan trak pikap bersaiz sederhana, bagi memperkembangkan portfolionya yang kini dibarisi model SUV dan crossover. 


Seperti yang dilaporkan oleh CarScoops, trak pikap sederhana yang sedang dibangunkan itu akan menembusi pasaran terpilih di seluruh dunia termasuk Amerika Selatan, Asia-Pasifik serta Australia. Trak pikap ini akan dilancarkan di bawah nama Chery di Australia, sementara pasaran lain pula di bawah sub-jenama ‘Karry’.


Chery-PickUpTruck-Carscoops-1.jpg


Foto menunjukkan gambaran trak pikap Chery (Sumber: CarScoops)


Selain itu, CarScoops turut mendedahkan imej-imej render trak pikap Chery, yang mana beberapa elemen pada model-model terkini Chery dapat dilihat digabungkan dalam penghasilan ‘trak ramalan rekaan’ ini, terutamanya Omoda 5. 


Walaupun sudut hadapannya kelihatan agak radikal untuk sebuah trak pikap, tetapi bahagian lain trak kelihatan tidak jauh berbeza dengan trak standard lain. Ciri-ciri tipikal seperti garis bumbung yang bersudut dengan lengkungan roda yang lebar serta rel bumbung dapat dilihat melalui imej ini. 


Penggunaan roda yang besar sebagai gambaran trak ini mencerminkan bahawa model ini mungkin dihasilkan dengan idea Chery sedang membangunkan sebuah trak pikap untuk kegunaan harian atau jalan raya biasa. 


Chery-PickUpTruck-Carscoops-3.jpg


Gambaran yang dihasilkan oleh seorang pelakar untuk bahagian kabin trak pikap Chery (Sumber: CarScoops)


Berkenaan bahagian dalamnya, pelukis render tersebut menghasilkan ruang kabin yang kelihatan sama seperti pada SUV Omoda 5, padat dengan kelengkapan moden demi keselesaan penumpang. Antara yang dapat dilihat melalui foto ini ialah penggunaan dwi-skrin bersaiz 10.25 inci, stereng tiga jejari serta konsol tengah jenis ‘terapung’ yang menempatkan tombol gear dan pad pengecas tanpa wayar. 


Selain reka bentuk, CarScoops turut mendedahkan beberapa butiran  mekanikal yang dijangka akan digunakan pada trak pikap tersebut. Model itu dikatakan akan menggunakan casis body-on-frame, dan akan ditawarkan dalam beberapa pilihan trenkuasa yang berbeza, termasuk versi enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik (EV). 


Caricarz-MBA-Chery-Exeed-Exlantix-ES-2.jpg


Sekiranya ditawarkan dalam versi EV, trak ini dikatakan akan menggunakan kuasa elektrik yang sama seperti sedan bersaiz sederhana, Exeed Sterra ES baharu


Untuk versi elektrik, trak pikap ini dikatakan akan meminjam komponen EV daripada sedan bersaiz sederhana, Exeed Sterra ES yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Model tersebut menggunakan sistem AWD dua motor dengan output 473 HP (353 kW). Sementara itu, model ICE akan diberikan enjin berpengecas turbo 2.0 liter dan PHEV pula enjin berpengecas turbo 1.5 liter Jetour Traveller. 


Chery-PickUpTruck-Carscoops-2.jpg


Adakah trak pikap baharu ini akan memasuki pasaran kita tidak lama lagi? (Sumber: CarScoops)


Apabila dilancarkan kelak, trak pikap ini akan muncul sebagai pesaing kepada model-model seperti Ford Ranger, Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton, Nissan Navara, Mazda BT-50 dan trak sederhana lain. Model ini dijangka akan dijual pada penghujung tahun 2025. Mengambil kira sasaran pasaran yang ditetapkan oleh Chery untuk model ini, peluang untuk kita melihat kedatangan trak pikap ini di pasaran kita adalah sangat tinggi.


Tag:

Chery
Trak Pikap
Trak Chery
Gambaran
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-02-2026
Global

06-02-2026
Global

29-01-2026
Global

26-01-2026
Berita Auto

09-01-2026
Global

02-01-2026
Global

26-12-2025
EV

23-12-2025

Berita Terkini

Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026