Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Model PROTON Tepati Citarasa Orang M'sia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Proton-S70.jpg

S70.

Pengeluar kereta nasional PROTON menutup tirai 2023 dengan mencatatkan prestasi jualan terbaiknya sejak tahun 2012 apabila ia mencapai pertumbuhan jualan bagi lima tahun berturut- turut. 

Bayangkan pada tahun lepas sahaja, PROTON berjaya menjual 154,611 unit keretanya  sekali gus ia adalah prestasi terbaik PROTON sejak tahun 2012

Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Dr Li Chunrong berkata, tahun 2023 merupakan tahun yang mencatat rekod bagi industri automotif kerana jumlah jualan melonjak sebanyak 10.3% berbanding volum tertinggi sebelumnya yang dicapai hanya dua belas bulan sebelumnya.

Dr-Li-Chunrong,-CEO-of-PROTON.jpg

CHUNRONG.

“Ini mungkin kerana pihak kami memenuhi  pesanan untuk kereta bebas cukai sehingga akhir bulan Mac sekali gus  mendorong peningkatan volum pada suku pertama tahun itu.

“Ia  juga merupakan tahun yang aktif untuk pelancaran kereta dengan gangguan minimum yang disebabkan oleh kekurangan alat ganti,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih  atas sambutan hangat rakyat Malaysia terhadap produk mereka.

“Kejayaan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyampaikan lebih daripada sekadar kenderaan mampu milik kerana kami juga menekankan reka bentuk yang bergaya, teknologi canggih, dan komitmen yang kuat terhadap keselamatan dalam semua model Proton. 

“Menjelang tahun 2024, kami yakin iakan mengekalkan momentum ini, disokong oleh pengenalan model baharu kami, S70,” tambahnya.

Bagaimanapun, PROTON tidak menolak permintaan pasaran terus kukuh  disebabkan model PIES.

Selain pelancaran  barisan tiga model SUV Proton yang terdiri daripada Proton X50, Proton X70 dan Proton X90  permintaan untuk model PIES (Persona, Iriz, Exora dan Saga) dilihat semakin meningkat  pada tahun lepas.

Proton-Persona.jpgProton-Saga-(1).jpg

Persona dan Saga.

PROTON SAGA

Proton Saga memulakan dan mengakhir i tahun ini sebagai model Proton terlaris dengan mencatatkan jualan 70,184 unit yang mengagumkan, prestasi terbaiknya sejak tahun 2012, dan meletakkannya sebagai kenderaan keempat terlaris di Malaysia untuk tahun 2023.

PERSONA 

Selain itu, peningkatan terbesar dalam rangkaian model Proton adalah Proton Persona.

Selepas mengalami kelewatan teruk akibat kekurangan cip pada tahun 2022, jualan untuk sedan segmen B itu melonjak semula sebanyak 48.9% kepada 24,362 unit, sekali gus  meletakkan model itu di tempat kedua dalam kelasnya. 

IRIZ

Kereta hatchback segmen B, Proton Iriz turut terjejas oleh isu cip tahun lepas dan mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 33.8% kepada 7,639 unit pada tahun 2023.

EXORA 

Proton Exora mengakhiri pengeluarannya dengan kenaikan jualan sebanyak 4.6%, iaitu 4,473 unit terjual dan menunjukkan bahawa permintaan di kalangan pembeli pasaran sasaran kekal kukuh.

image.png

Jenama PROTON semakin laku.

Sehingga kini, lebih 194,000 unit telah terjual, menjadikannya MPV segmen C paling berjaya dalam sejarah automotif Malaysia.

Bagi SUV siri X, Proton X50 dan Proton X90 mengakhiri tahun sebagai peneraju pasaran bagi segmen masing- masing. 

Walaupun selepas lebih 100,000 unit telah dikeluarkan dan dijual, permintaan untuk Proton X50 kekal kukuh dengan 31,829 unit dijual di Malaysia dan pasaran eksport pada tahun 2023. 

X090

Proton X90 pula terus menjadi kuasa dominan dalam pasaran SUV segmen D dan mengakhiri tahun dengan 4,815 unit terjual sejak dilancarkan pada 7 Mei 2023. 

Akhirnya, Proton X70 merupakan SUV segmen C kedua paling popular bagi tahun 2023 dengan11,200 unit terjual.

image.png

X90

Dalam pada itu, Proton turut mengesahkan penghantaran S70 kepada pelanggan  akan bermula pada tahun 2024 dan sehingga kini, lebih 5,000 tempahan telah diterima. 

Ini bermakna, model itu akan menyumbang kepada jumlah jualan yang banyak pada tahun ini.

Selain daripada penawaran produk yang menarik, PROTON juga menumpukan perhatian terhadap menambah baik pengalaman jenama pelanggan di bilik pameran dan pusat perkhidmatan selepas jualan untuk menarik pembeli baharu serta membina kesetiaan dan meningkatkan pengekalan di kalangan pemilik yang sedia ada.


Gallery

Tag:

Proton Saga
Proton Exora
proton x50 r3
Proton X70
Proton X90
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70

Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.

18-08-2026
Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?

09-07-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Gaya Hidup

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Berita Auto
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026