- Berita
- EV
- Pra-Tempahan BYD Seal Malaysia Kini Dibuka – 3 Varian, Capai 650 KM!
Pra-Tempahan BYD Seal Malaysia Kini Dibuka – 3 Varian, Capai 650 KM!
Setelah lama dinanti-nantikan, akhirnya pra-tempahan bagi model sedan, BYD Seal dibuka hari ini, 19 Januari, setelah pengumumannya dibuat beberapa hari lalu. Melalui laman web rasmi pra-tempahan BYD Seal ini, pra-tempahan boleh dibuat dengan bayaran RM1,000.
TIGA VARIAN DITAWARKAN
BYD Seal adalah sebuah sedan empat pintu yang elegan dan sporty. Sarat dengan pelbagai teknologi canggih dan ciri praktikal.
Berdasarkan laman web pra-tempahan, sedan ini ditawarkan dalam tiga varian bagi pasaran Malaysia iaitu Dynamic, Premium dan Performance dengan kapasiti bateri serendah 61.44-kWh ke 82.56-kWh. Jarak EV model ini adalah dari 510 KM ke 650 KM (NEDC).
Secara keseluruhannya, empat pilihan warna ditawarkan (bergantung kepada varian)
Berikut adalah perincian ringkas bagi semua varian yang ditawarkan:
BYD sebelum ini pernah ‘mengacah’ kehadiran model ini sebanyak dua kali, iaitu semasa pelancaran Atto 3 pada penghujung tahun 2022 dan semasa karnival ulang tahun pertamanya pada Disember 2023.
Yang terbaru ialah pada awal bulan ini, satu teaser yang penuh dengan misteri di Instagram yang memaparkan slogan bermaksud “Lebih cepat daripada kopi anda di pagi hari. Akan datang” dengan hashtag #SealTheSpeed.
Buat masa ini, BYD SD Motors Malaysia masih belum mendedahkan tarikh rasmi pelancaran Seal di pasaran kita, namun kami dimaklumkan bahawa pengedar rasmi BYD telah mula mengadakan sesi pratonton eksklusif hari ini hingga 21 Januari. Ini bermaksud, pelancaran model itu dijangka akan diadakan dalam masa yang terdekat.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv