Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Seal 6 Tampil Eksklusif Dalam Warna Ivory Gold – Harga Sama, Terhad 100 Unit

Sofea Najmi

Kongsi melalui

571347884_812804451587769_2207165664083011495_ns.jpg


BYD Cars Malaysia memperkenalkan versi eksklusif edisi terhad bagi model sedan elektrik terbarunya, BYD Seal 6, yang kini hadir dalam pilihan warna baharu, Ivory Gold. Menurut syarikat, warna ini menyuntik elemen sofistikated dan mewah pada reka bentuk fastback yang sudah sedia menawan. 


Jumlah Terhad, Harga Menarik


BYD Seal 6 dalam warna Ivory Gold ini hanya akan ditawarkan sebanyak 100 unit sahaja di seluruh Malaysia. Kesemua unit edisi terhad ini ditawarkan dalam varian Premium yang berspesifikasi tinggi. 


Dengan harga yang ditetapkan pada RM115,800, edisi istimewa ini ditawarkan tanpa sebarang caj tambahan dan akan dijual mengikut konsep 'siapa cepat dia dapat.’


Pakej Pelancaran Eksklusif


Seperti varian Premium lain, pakej pelancaran eksklusif bernilai sehingga RM6,288 turut ditawarkan. Pembeli boleh memilih sama ada pengecas wallbox percuma bernilai RM3,288 bersama rebat RM3,000 untuk pemilik rumah jenis landed, atau pakej pengecasan di rumah Sime Platinum 4+ selama 12 bulan bernilai RM5,000 berserta rebat RM1,000 untuk yang tinggal di bangunan bertingkat seperti apartmen.


Spesifikasi BYD Seal 6 Premium 


Caricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-5-(1).jpg

Caricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-7.jpgCaricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-13.jpg


Varian Premium memiliki kuasa sehingga 160 kW (215 hp) dan tork 330 Nm yang disalurkan oleh motor elektrik yang diletakkan di belakang kenderaan. Tenaga dibekalkan oleh bateri Blade LFP berkapasiti 56.64 kWj yang membolehkan ia mencapai jarak perjalanan sehingga 485 km (mengikut piawaian NEDC) dengan sekali cas. Bateri ini boleh dicas dengan pengecas AC sehingga 7 kW serta pengecas pantas DC sehingga 100 kW.


Caricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-35.jpgCaricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-37.jpgCaricarz-MBA-BYD-Seal-6-EV-Preview-21.jpg


Dari segi kelengkapan, antara ciri menarik pada model ini ialah bumbung suria, rim aloi 18 inci, serta sistem bantuan pemanduan canggih (ADAS) yang termasuk kawalan pelayaran adaptif, brek kecemasan automatik (AEB) dan bantuan kekal lorong. 


Untuk warnanya, selain warna Ivory Gold yang eksklusif, pengguna juga boleh memilih warna Arctic White, Harbour Grey dan Misty Blue dengan tema kabin hitam atau kelabu.


Tempahan Kini Dibuka


Tempahan untuk BYD Seal 6 Ivory Gold kini dibuka di semua bilik pameran BYD yang sah di seluruh negara. Dengan jumlah yang sangat terhad, warna elegan ini memberikan peluang kepada orang ramai untuk memiliki EV terbaru di pasaran bersama promosi yang ditawarkan ketika pelancaran. 


Untuk butiran lanjut mengenai Seal 6 klik sini. 

Baca: BYD Seal 6 EV Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM100,000

Tag:

BYD
BYD Seal 6
BYD Seal 6 Ivory Gold
BYD Malaysia
BYD Seal 6 Premium
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

15-12-2025
EV

29-10-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Pandu Uji

07-04-2025
Pandu Uji

25-01-2025
EV

16-01-2025
EV

31-12-2024
Global

29-11-2024

Berita Terkini

EV
EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China

EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan mewujudkan klasifikasi untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih mampu milik, untuk menyaingi harga yang ditawarkan oleh pengeluar kereta China, ketika ini.

15-12-2025
EV
Operasi CKD XPeng Bakal Berlaku, Rundingan Dengan EPMB Melaka

Operasi CKD XPeng Bakal Berlaku, Rundingan Dengan EPMB Melaka

XPeng mengesahkan bahawa syarikatnya kini sedang mengadakan rundingan dengan EP Manufacturing Bhd (EPMB) untuk memulakan pemasangan kenderaan elektrik secara tempatan (CKD) secara besar-besaran di Malaysia bermula tahun 2026.

14-12-2025
EV
Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar

Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar

Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena Proton Tech Showcase 2025.

05-12-2025
EV
Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya

Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya

Skim pajakan bateri Perodua QV-E dijelaskan dengan lebih terperinci untuk memudahkan para pembeli.

01-12-2025
EV
Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini

Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini

Perodua QV-E (BEV) kini rasmi di pasaran pada harga RM80K dengan bateri LFP 52.5 kWj. Ini dia 9 pusat jualan EV Perodua yang sah di serata Malaysia.

01-12-2025
EV
Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!

Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!

Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.

01-12-2025
EV
Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini

Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini

Kenderaan elektrik pertama Perodua dikatakan akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.

29-11-2025
EV
Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor

Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor

Yinson GreenTech, melalui anak syarikatnya, penyedia kenderaan elektrik (EV) sewa, drivEV, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dalam usaha memajukan matlamat mobiliti hijau di negeri Johor.

26-11-2025