Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW iX xDrive50, BMW iX M60 Dikemaskini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya sudah mengemaskini dua varian untuk tahun 2024, BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60.

Ini bermakna, tiada lagi penawaran xDrive40 dan xDrive40 Sport di pasaran kita.

Untuk makluman anda, BMW iX xDrive50 yang disumbat dengan dua motor elektrik serta system pacuan semua roda mampu menghasilkan kuasa setakat 523 hp dan tork 765 Nm.

Varian ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 4.6 saat manakala kelajuan maksimum ialah 200 km/j.

image.png

Dengan penggunaan pek bateri berkapasiti 111.5 kWh, ia boleh bergerak sejauh 630 km dengan hanya sekali cas.

Menyentuh mengenai BMW iX M60 pula, varian ini turut menggunakan dua motor elektrik dan dilengkapi dengan system. Namun varian ini mampu menghamburkan kuasa setakat 619 hp dan tork 1,015 Nm.

Mengenai daya pecutannya pula, ia boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.8 saat manakala kelajuan maksimumnya ialah 250 km/j.

image.png

Ia disumbat dengan pek bateri  berkapasiti 111.5 kWh, namun boleh bergerak sejauh  561 km dengan hanya sekali cas.

Difahamkan, kedua-dua varian dibekalkan dengan fungsi AC Charging Professional.

Ia  menawarkan keupayaan pengecasan 22 kW di mana bateri boleh dicas penuh dalam masa lima jam 30 minit, atau 11 kW (pengecasan penuh 11 jam).

Pengecasan pantas 195 kW turut disokong, di mana bateri boleh dicas 0-80 peratus SoC dalam tempoh 35 minit.

Lebih menarik, pemilik BMW iX boleh menikmati akses pengecasan di lebih 1,700 fasiliti di seluruh negara, selain akses kepada lebih 400 fasiliti pengecasan (ChargeEV, Yinson GreenTech), dan 160 buah fasiliti pengecasan (kerjasama dengan JomCharge, Gentari, ChargeN'go, ChargeSini, Go To-U dan FlexiParking).

image.png

Antara pengemaskinian yang dilakukan ialah BMW iXnmenampilkan BMW Digital Key Plus.

Ini bermakna pengguna boleh menyahkunci BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 secara automatik dengan kunci fizikal atau telefon pintar iPhone atau Android.

Ia bukan sahaja membekalkan akses yang lancar, tapi juga menaik taraf aspek sekuriti  dengan fungsi mengunci automatik yang dapat diaktifkan mengikut jarak pemandu dari kenderaan. 

image.pngimage.png

Dengan kunci digital ini, ia  boleh dikongsi dengan lima peranti sekali gus  memudahkan lagi pengalaman pemilikan jentera ini.

Menjengah bahagian kabinnya, ia menampilkan Interior Design Atelier secara standard.

Selain itu, terdapat skrin kluster instrumen melengkung sebesar 12.3 inci, skrin tengah 14.9 inci, sistem operasi BMW Operating System 8.5 , sistem pendingin hawa empat zon, pengecasan tanpa wayar, dan sistem audio Harman Kardon dengan 18 pembesar suara keliling.

image.png

Bagi yang berminat , BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 didatangkan dengan pilihan warna  Alpine White, Mineral White Metallic, Black Sapphire Metallic, Sophisto Grey Metallic dengan Brilliant Effect, Phytonic Blue Metallic, Oxide Grey Metallic dan Blue Ridge Mountain Metallic.

image.pngimage.png

Pemilik BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 ini juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:

Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma

Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu)

Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW

Servis Dalam Talian BMW

image.png

Harga runcit (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 ini dengan Waranti Lanjutan dan Inklusif Servis & Pembaikan BMW ialah:

BMW iX xDrive50 Sport: RM465,800

BMW iX M60: RM579,800

Untuk keterangan lanjut, KLIK.

Gallery

Tag:

BMW Malaysia
BMWiX M60
BMW iX xDrive50 Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Berita Auto
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Berita Auto

Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.

21-01-2026
Kereta Baru

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.

15-01-2026
Kereta Baru

BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.

15-01-2026
Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026