Link Copiedcheck_circle
Global

BMW Z4 Bakal Mendarat Di Pasaran Global Mac Nanti!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas membuat penampilan sulung secara global kira-kira lima tahun lalu, BMW akhirnya menawarkan Z4 roadster  tetapi ia kini didatangkan dengan kotak gear manual.

Difahamkan, kotak gear manual dibangunkan khas untuk Z4 M40i yang merupakan spesifikasi paling tinggi.

image.pngimage.png

Ia akan mula ditawarkan di seluruh dunia bermula Mac nanti. Ini mungkin berita baik buat peminat kereta roadster yang sudah lama menanti kehadirannya di pasaran.

Sebelum pengumuman ini dibuat, satu-satunya cara untuk anda mendapatkan Z4 ialah mendapatkan kembarnya dari Jepun, Toyota GR Supra.

Ia menggunakan kotak gear manual enam kelajuan bersama transmisi automatik 8-kelajuan standard ZF selain disumbat dengan enjin B58 pengecas turbo 3.0 liter mampu menghasilkan kuasa setakat  382 hp dan tork 500 Nm.

Apa yang pasti, ia menawarkan pemanduan yang cukup menyeronokkan buat si pemiliknya.

Mana tidaknya, Z4 mampu memecut dari 0-96 kilometer sejam hanya dalam 4.2 saat namun sedikit perlahan berbanding Z4 yang menggunakan kotak gear automatik.

Sebaliknya, kelajuan maksimum masih tidak berubah iaitu 249 km/j.

Sebelum itu, BMW ada menegaskan bahawa pilihan stick-shift ini lebih daripada sekadar pertukaran kotak gear.

image.png

BMW mendakwa bahawa ia menggunakan beberapa bahagian khusus M untuk unit enam kelajuan baharu yang telah diperhalusi untuk pemanduan dinamik.

Maknanya,  ia memberi bayangan bahawa  Z4 bukan unit yang sama digunakan pada kembarnya yang dari Jepun.

Apapun, para pelanggan boleh memilih Z4 M40i Handschalter atau edisi Pure Impulse dengan beberapa ciri khas.

image.pngimage.pngimage.png

Selain stick-shift,  ia menerima beberapa kit tambahan. Antaranya,  tayar dwiwarna aloi M-ringan baharu berukuran 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang, kaliper brek berwarna merah, pilihan cat metalik khas seperti San Remo Green dan Frozen Deep Green, serta sebagai aksen trim hitam Shadowline.

Bahagian dalamannya pula, Z4 M40i dilengkapi kemasan kulit Vernasca dan bukannya kulit sintetik Sensatex.

Ia didapati dalam  lima pilihan  warna dan para pelanggan boleh menambah beberapa trim Alcantara pada bahan kulitnya namun ditawarkan dengan kos tambahan sebanyak AS$3,500 untuk pasaran Amerika Syarikat.


Gallery

Tag:

BMW Z4 M40i
Z4 roadster
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026