Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GWM Ora 07 & Tank 300 Sudah Mendarat Di Malaysia – Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GWM-Ora-07-FirstBatch-1.jpgGWM-Tank-300-FirstBatch-1.jpg


 Kumpulan pertama EV GWM Ora 07 dan SUV Tank 300 dah tiba di Malaysia!


Tahun 2024 bakal menjadi tahun yang cukup sibuk bagi Great Wall Motor (GWM) Malaysia memandangkan pelbagai produk baharu dijangka akan dilancarkan di negara kita termasuk EV Ora 07 dan SUV Tank 300. Sebagai persiapan untuk pelancaran yang bakal tiba tidak lama lagi, kumpulan pertama Ora 07 dan Tank 300 baru-baru ini dilaporkan telah mendarat di Malaysia. 


GWM-Ora-07-EV-6.jpg


Ora 07 bakal menjadi pesaing Tesla Model 3 dan BYD Seal yang akan dilancarkan tidak lama lagi.


Sedan elektrik bersaiz sederhana ini bakal menjadi EV kedua daripada GWM Malaysia selepas Ora Good Cat. Sebaik dilancarkan nanti, sedan EV ini bakal menjadi pesaing sengit kepada Tesla Model 3 dan BYD Seal yang akan datang. 


Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, sumber kami daripada GWM Malaysia mendedahkan bahawa Ora 07 bakal tiba dalam dua varian iaitu varian asas ‘Long Range’ dan varian tinggi, ‘Performance.’ Kedua-duanya dikuasakan oleh bateri LFP 83.5 kWh yang sama. 


Varian Long Range yang menggunakan motor tunggal memiliki output kuasa sebanyak 201 HP (204 PS) dan 340 NM, dan boleh bergerak sejauh 600 KM (WLTP) dengan satu cas penuh. 


Sementara itu, varian dengan dua motor, Performance pula mempunyai output jauh lebih tinggi iaitu sebanyak  402 HP (408 PS) dan 680 NM membolehkannya bergerak dari 0-100 KM/J dalam masa hanya 4.3 saat. Memandangkan kuasa tinggi diperlukan untuk mencapai prestasi ini, jarak perjalanan varian Performance adalah lebih rendah iaitu 495 KM.  


GWM-Ora-07-EV-15.jpgGWM-Ora-07-EV-8.jpg


GWM Ora 07 bakal dilancarkan pada suku pertama tahun 2024. 


GWM Ora 07 dijangka akan membuat penampilan pertama di negara ini dalam masa yang terdekat iaitu pada suku pertama tahun ini. Walaupun GWM Malaysia belum mendedahkan harga Ora 07, kita boleh menjangkakan sedan EV ini akan ditawarkan dalam lingkungan harga yang sama dengan Tesla Model 3, iaitu sekitar RM180,000 hingga RM220,000.


GWM-Tank-300-(4).jpg


GWM Tank 300 akan menjadi model pertama di bawah sub-jenama Tank yang akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia.


Beralih kepada GWM Tank 300, SUV 4x4 yang ranggi ini akan menjadi model pertama di bawah sub-jenama Tank yang bakal dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan. Untuk makluman, jenama ini diposisikan sebagai jenama premium GWM, yang menawarkan beberapa model SUV mewah dengan kemampuan off-road. 


Model terkecil di bawah jenama Tank ini, Tank 300 dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4 silinder 2.0 liter yang memberikannya output 224 HP (227 PS) dan 397 NM. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan. 


Selain versi pembakaran enjin dalaman (ICE), Tank 300 juga ditawarkan dalam varian hibrid elektrik pek bateri 37.1 kWh yang memberikan jarak EV sehingga 105 KM (CLTC). 


GWM-Tank-300-(2).jpgGWM-Tank-300-(1).jpg

GWM-Tank-300-(3).jpgGWM-Tank-300-(5).jpg


Tank 300, sebuah SUV ranggi yang mewah


GWM Malaysia masih belum menetapkan tarikh pelancaran SUV ini, tetapi yang pasti ia akan diadakan pada tahun ini. 


GWM-Ora-07-FirstBatch-3.jpgGWM-Tank-300-FirstBatch-1.jpg


Mana satu model terbaru daripada GWM Malaysia ini yang paling anda nanti-nantikan?

Baca: SUV Ranggi, GWM Tank 300 Masuki Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi?

Baca: GWM Bakal Perkenal Sedan EV, Ora 07, di Malaysia Tahun 2024, Ini Yang Dijangkakan...

Tag:

GWM Malaysia
GWM Tank 300
GWM Ora 07
Great Wall Motor (GWM) Malaysia
EV Baharu
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026
Berita Auto

GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik

GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.

31-07-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri

Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!

08-06-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Berita Auto

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026