Link Copiedcheck_circle
EV

Ikon Klasik Muncul Semula

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas beberapa model konsep dan prototaip yang didedahkan di media sosial, , Renault 5 E-Tech akhirnya membuat penampilan globalnya sempena  Geneva International Motor Show 2024 yang diadakan di Geneva, Switzerland baru-baru ini.

Kehadiran supermini ini sebenarnya  adalah ikon Renault 5 70-an yang telah dilahirkan semula namun kali ini ia didatangkan dalam versi elektrik.

Apapun, walaupun ia nampak sedikit klasik namun ia didatangkan dengan reka bentuk yang agak moden memandangkan bahagian hadapannya hadir dengan grafik mimik muka manusia.

image.pngimage.png

Ini kerana kedua lampu depan jenis LED kelihatan seperti mata manakala logonya pula terletak di tengah-tengah kerangka badan menyebabkan ia kelihatan seperti hidung.

Saya mengakui supermini kompak ini kelihatan agak moden kerana pemegang pintunya tersembunyi manakala ia cuma didatangkan dengan tiga pintu.

image.pngimage.png

Menjengah kabinnya, ia mempunyai persamaan dengan model terdahulunya.

Ia dilengkapi dengan skrin kluster digital sebesar tujuh atau 10 inci, sementara skrin infohibur tengah pula adalah standard 10 inci untuk semua versi.

Kesemua tempat duduknya pula dibaluti dengan warna kuning dan kelabu.

image.pngimage.png

Beralih kepada port pengecasnya, ia terletak di bahagian sisi bagi dan sebaik baterinya penuh, logo berbentuk 5 yang berada di but depan akan menyala.

image.png

Dari segi bateri, R5 E-Tech didatangkan dengan pek bateri berkapasiti 40-kWj atau 52-kWj, namun jika ia menggunakan bateri 40-kWj, ia boleh bergerak sejauh 299 kilometer (KM)  manakala  52kWj (400 KM) dengan hanya sekali cas.

Ia juga mempunyai pengecasan AC dua arah yang menyokong teknologi V2L (vehicle-to-load) dan V2G (vehicle-to-grid).

image.png

Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia  didapati dalam tiga pilihan kuasa, iaitu 94 hp/215 Nm, 121 hp/225 Nm atau 148 hp/254 Nm.

Buat masa ini, Renault 5 E-Tech sudah berada di pasaran Eropah dan dijual pada harga €25,000 (RM129,649). 


Gallery

Tag:

Renault 5 E-Tech
Renault
supermini
Geneva Motor Show
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering

Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.

17-06-2025
Berita Auto

Letupan Gas Putra Heights: Tan Chong Motor, Warisan TC Pinjamkan 30 Kereta

Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) dan Warisan TC Holdings Bhd (WTCH) turut tampil membantu mangsa letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya.

06-04-2025
Berita Auto

Renault 5 Turbo 3E Sedia Untuk Pengeluaran – EV Retro Berprestasi Tinggi

Model konsep Renault 5 Turbo 3E yang mencuri perhatian pada Disember lalu bakal menjadi kenyataan dengan pengenalan versi pengeluarannya.

20-03-2025
EV

Konsep EV Renault Filante Hanya 1,000 KG – Sasar Catat Rekod Jarak EV Terjauh

Renault memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) konsep terbarunya yang dikenali sebagai Filante Record 2025, sebuah prototaip dengan ‘aura’ retro namun sarat teknologi canggih.

03-02-2025
Global

Geely & Renault Kerjasama Bangunkan Enjin & Teknologi Hibrid Untuk Proton, Volvo

Geely dan Renault menjalinkan kerjasama untuk bangunkan teknologi trenkuasa.

14-07-2023
Global

Toyota, Mazda Bakal Tutup Operasi Kilang Di Rusia, Ini Puncanya...

Toyota akhirnya telah mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya operasi kilang pengeluaran.

27-09-2022
Kereta Baru

Tempahan Renault ZOE Generasi Terbaharu Dibuka, Harga Dari RM163K

Renault Malaysia kini telah membuka tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) kompak Renault Zoe generasi baharu.

15-08-2022
Berita Auto

Pantone Menggunakan Warna Signaturnya Bagi Mencerminkan Unsur Kelajuan Pada Alpine A110

Alpine A110 ditayangkan dalam satu acara berprestij di Grand Prix F1 Monaco baru-baru ini.

24-08-2021

Berita Terkini

EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026