Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kadar Cukai Naik, Sime Darby Bakal Kemas Kini Harga Kenderaan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

SIME-Darby-Price-Up-(2).jpg


Sime Darby Bhd bakal mengemaskini harga kenderaan dalam porfolio syarikatnya di Malaysia ekoran peningkatan cukai perkhidmatan sebanyak 2% iaitu kepada 8% berbanding 6% sebelum ini. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jeffri Salim Davidson.


Jeffri memaklumkan bahawa Sime Darby akan mempertimbangkan kenaikan kadar cukai tersebut, yang juga akan memberi kesan kepada pemain automotif lain sebagai sebahagian daripada perbelanjaan operasi. 


Sime-Darby-Jeff.jpg


Beliau turut menambah bahawa walaupun terdapat kemungkinan harga kereta akan menjadi lebih tinggi. Bagaimanapun, kenaikan sebenar tidak semestinya hanya 2% disebabkan pelbagai faktor termasuk faktor persaingan, lapor The Edge Malaysia.


Semasa pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan mencadangkan untuk meningkatkan cukai perkhidmatan daripada 6% kepada 8%, berkuat kuasa pada 1 Mac 2024.


Dalam perkembangan lain, Jeffri mengesahkan bahawa Sime Darby tidak bercadang untuk menarik diri daripada pasaran China walaupun ekonomi negara tersebut dijangka perlahan selama beberapa tahun.


SIME-Darby-Price-Up-(1).jpg


Bank pelaburan global meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi China akan mula perlahan pada tahun ini, dengan purata 4.6%, diikuti dengan 4.5% pada tahun 2025, berbanding pertumbuhan 5.2% yang dicapai pada tahun 2023.


Jeffri yakin China akan melalui fasa kemerosotan ini hanya buat sementara waktu sebelum kembali pulih. Tambahnya lagi, Sime Darby mampu untuk menempuhi masa-masa mencabar ini di China dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang. 

SIME-Darby-Price-Up-(3).jpg

Tag:

Kadar Cukai Naik
Cukai 2%
Sime Darby Sdn Bhd
Sime Darby
Cukai Naik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Keuntungan Sime Darby Menjunam 43%, Prestasi FY2025 Dijangka Terjejas

Sime Darby Bhd menjangkakan prestasi kewangan terasnya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 (FY2025) akan lebih lemah berbanding tahun sebelumnya.

28-05-2025
Berita Auto

SDRAC Serah Sumbangan Berjumlah RM41,280 Untuk Penyelidikan Kanser CRMY

Sime Darby Rent-A-Car Sdn Bhd (SDRAC) telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM41,280 kepada Cancer Research Malaysia (CRMY).

15-12-2022
Berita Auto

SDAS Bekerjasama dengan Bosch Untuk Tawar Penjagaan Kereta

SDAS bekerjasama dengan Bosch untuk menawarkan perkhidmatan bertaraf premium.

27-01-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026