- Berita
- Berita Auto
- Tahniah JPJ!

Buat julung kalinya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakar sejarah apabila mencatatkan perolehan hasil sebanyak RM5.07 bilion sepanjang tahun lalu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, perolehan JPJ itu meningkat sebanyak 3.53 peratus berbanding RM4.9 bilion pada 2022.
"Ingin saya kongsikan dan mengucapkan tahniah kepada JPJ kerana dalam sejarah, buat kali pertama hasil diperoleh JPJ mencecah RM5 bilion.
"Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga JPJ dalam menjayakan peningkatan hasil ini," kata ketika berucap pada Majlis Sua Kasih Kementerian Pengangkutan di sini, tadi.
Menurutnya, kutipan hasil bagi kategori bayaran tender nombor pendaftaran kenderaan turut meningkat daripada RM 501.5 juta pada 2022 kepada RM569.6 juta tahun lalu.
“Peningkatan hasil itu termasuk siri bidaan nombor pendaftaran FF dan M_M yang dilancarkan masing-masing pada Mei dan Ogos tahun lalu.

"Untuk siri GOLD yang dilancarkan sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke -50 pada 1 Febuari 2024, JPJ merekodkan RM17.24 juta hasil kutipan,”ujarnya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

