Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta 'Pintar' Tesla Terlanggar Tembok Besar Sebab Gelap

Sofea Najmi

Kongsi melalui

TESLA-WALL-(8).jpg


Kerana terlalu gelap, pemandu sebuah kereta ‘pintar’ merempuh sebuah tembok besar di Jalan BS 3/12, Serdang, Selangor. 


Kejadian tersebut kini tular di Facebook, selepas seorang pengguna, YC Shaun, menunjukkan beberapa keping foto dan video yang mamaparkan sebuah dinding batu-bata yang berlubang selepas dilanggar. 


TESLA-WALL-(2).jpg


Keadaan kereta yang melanggar iaitu sebuah Tesla Model 3 Highland berwarna putih itu juga remuk teruk di bahagian hadapan kerana impak daripada pelanggaran tersebut. 


Menurut Shaun, pemilik Tesla itu adalah seorang pelanggan dari sebuah restoran berdekatan. 


TESLA-WALL-(4).jpgTESLA-WALL-(5).jpg


"Pelanggan dari P*k W*h merempuh sebuah tembok batu di Jalan BS 3/12, Serdang,” dedahnya. 


Menurut YC Shaun, pemandu itu menyalahkan kegelapan malam, walaupun jalan itu kelihatan terang dalam gambar yang dikongsi. Dalam kejadian ini, pemandu Tesla tersebut tidak cedera kerana diselamatkan oleh beg udara kenderaan dan kerana zon remuk Tesla yang baik.


TESLA-WALL-(1).jpg


Tambah Shaun, mustahil mangsa tidak melihat tembok besar itu memandangkan ia telah lama dibina. Sekiranya pemandu menggunakan peta, kewujudan tembok itu juga ada di dalam mana-mana aplikasi peta.


"Tembok itu sebenarnya sudah dibina 10 tahun lepas ketika kawasan itu belum dimajukan sepenuhnya.


"Kewujudan tembok itu dikemaskini dalam semua peta dalam talian," katanya.


TESLA-WALL-(7).jpgTESLA-WALL-(9).jpgTESLA-WALL-(6).jpgTESLA-WALL-(3).jpg


Pemilik hantaran mengesahkan bahawa tembok tersebut dibina oleh persatuan penduduk kawasan perumahan dan bukannya majlis tempatan. Tujuan tembok ini didirikan adalah untuk melindungi penduduk dengan mengehadkan laluan keluar masuk. 


Rata-rata komen yang ditinggalkan pada hantaran tersebut  tidak hanya mempersoalkan keadaan pemandu semasa kejadian jam 2 pagi itu, tetapi juga kelulusan pembinaan tembok.


Kemungkinan besar, Majlis Perbandaran Serdang Jaya (MPSJ) bakal disibukkan dengan hal ini dan CariCarz yakin penduduk tidak akan bersetuju sekiranya tembok perlu dirobohkan. 


Sementara itu, difahamkan, pemandu Tesla Model 3 yang terlibat dalam kemalangan ini telah membeli kenderaan tersebut melalui Tesla Malaysia, ini bermakna dia masih boleh menerima perlindungan insurans yang komprehensif sekiranya benar tiada undang-undang telah dilanggar sewaktu kejadian. 


Tag:

Tesla
Tesla Model 3 Facelift
Tesla Model 3 Malaysia
Tesla Kemalangan
Tesla Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-02-2026
Berita Auto

24-12-2025
Teknologi
Teknologi
EV

08-10-2025
EV

06-10-2025
EV

03-10-2025
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026