Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sime Darby Auto Bavaria Sungai Besi Bakal Ditutup, Lokasi Baru Dibuka Mac Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Auto-Bavaria-Balakong.jpg


Pembukaan Auto Bavaria Balakong bakal menjadikannya pengedar Retail.NEXT pertama di Lembah Klang


Setelah 27 tahun beroperasi, sejak tahun 1997 hingga 2024, Sime Darby Auto Bavaria Sungai Besi bakal dipindahkan ke pusat pengedaran 4S baharu di Balakong pada bulan Mac tahun ini. 


Cawangan tertua Auto Bavaria di Malaysia itu telah mewakili jenama BMW dengan penuh komited, berjaya mencapai tahap piawaian tertinggi sehingga memenangi pelbagai anugerah daripada BMW Group Malaysia termasuk anugerah tertinggi,  Anugerah Kelab Kecemerlangan BMW. 


Di lokasi barunya pada Mac nanti, Auto Bavaria Balakong akan menjadi pengedar Retail.NEXT pertama di Lembah Klang yang menawarkan pelbagai barisan produk di bawah jenama BMW, MINI dan BMW Premium Selection. 


BMW-i5-eDrive40_-2.jpg


Pusat pengedar baharu itu nanti menjanjikan pengalaman premium dengan layanan profesional daripada kakitangan yang digelar Genius BMW. Aura mewah ini disempurnakan lagi dengan lanskap hijau yang menyejukkan pandangan. 


Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan, berkata, “"Pengiktirafan dan peringatan terhadap legasi dan pencapaian Auto Bavaria Sungai Besi adalah sangat penting kerana kami ingin memastikan agar pemindahan ini turut dapat membawa semangat dan dedikasi yang sama ke pusat pengedaran baharu kami di Balakong. 


Caricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Ext-35.jpg


“Pelanggan-pelanggan Auto Bavaria boleh kekal yakin bahawa kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik dalam industri automotif premium dengan penuh dedikasi,” katanya. 

thumb-auto-bavaria-balakong.png

Tag:

Retail.NEXT
Sime Darby Auto Bavaria
Auto Bavaria Balakong
Auto Bavaria Sungai Besi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pusat 4S BMW Retail.NEXT Pertama Di Terengganu Kini Beroperasi Secara Rasmi

Millennium Welt bekerjasama dengan Autohaus Prima untuk membuka bilik pameran terbaru Retail.NEXT di Kuala Terengganu.

20-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026