Link Copiedcheck_circle
EV

Stellantis & Mercedes-Benz Bakal Tubuh 3 Kilang Giga, Sedia Kalahkan China

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Stellentis-Mercedes-(8).jpg


Stellantis dan Mercedes-Benz  telah berjaya mengumpulkan sejumlah €4.4 bilion (~RM22 bilion) untuk menubuhkan tiga kilang kenderaan elektrik (EV) di Kesatuan Eropah (EU) dengan pelaburan keseluruhan fasiliti dijangka mencecah  €7 bilion (~RM36 bilion). Perkara tersebut disahkan oleh kedua-dua syarikat gergasi tersebut melalui siaran akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini. 


Kilang-kilang ini bakal ditubuhkan di Kaiserslautern, Jerman; Termoli, Itali dan satu lagi lokasi yang tidak didedahkan di Perancis, dan dijangka akan membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 6,000 orang.


Stellentis-Mercedes-(1).jpg


Projek ini telah menerima dana pelbagai bank termasuk BNP Paribas, ING, Deutsche Bank dan Intesa Sanpaolo. Selain itu, kerajaan Jerman dan Perancis juga menyumbangkan kira-kira €1.3 bilion (RM6.7 bilion). Sumbangan daripada kerajaan Itali pula masih dalam proses.


Inisiatif ini dilaksanakan pada waktu yang kritikal dalam industri Eropah yang kini bimbang terhadap kemampuan China untuk mendominasi pasaran EV. Ini terbukti apabila syarikat automotif China, BYD, berjaya mengatasi jualan Tesla  pada suku keempat tahun lalu.


Stellentis-Mercedes-(2).jpg


China akan menubuhkan kira-kira 160 lagi kilang giga menjelang penghujung dekad ini, berbanding Eropah yang dijangka akan menubuhkan sebanyak 36 buah kilang. Ini secara tidak langsung menimbulkan kerisauan bahawa syarikat-syarikat China akan mendominasi rantaian bekalan bateri EV. 


Stellentis-Mercedes-(10).jpg


Selain itu, negara China juga telah menggabungkan syarikat automotif dan pengeluar bateri di bawah satu penubuhan, China All-Solid-State Battery Collaborative Innovation Platform (CASIP) untuk memajukan pengkomersialan bateri keadaan pepejal bagi kenderaan elektrik (EV).


Bagi menangani kesan dominasi China terhadap pasaran EV pada masa akan datang, Automotive Cells Company (ACC) telah ditubuhkan untuk memudahkan usaha syarikat-syarikat Eropah mengeluarkan bateri EV secara domestik. Langkah ini dijangka dapat mengurangkan kos pengeluaran EV dan memastikan bekalan yang stabil. 

Stellentis-Mercedes-(9).jpg

Tag:

Stellantis
EV Eropah
China All-Solid-State Battery Collaborative Innovation Platform (CASIP)
Automotive Cells Company (ACC)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Projek Hidrogen Stellantis Ditamatkan Secara Mengejut

Gergasi automotif global, Stellantis, mengejutkan ramai apabila mengumumkan penamatan program pembangunan teknologi sel bahan api hidrogennya.

18-07-2025
Global

Maserati Bakal 'Terpadam' Daripada Portfolio Stellantis?

Gergasi automotif global, Stellantis, dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk melepaskan jenama mewah Maserati.

24-06-2025
Global

Antonio Filosa Dilantik CEO Baharu Stellantis, Ganti Carlos Tavares

Stellantis mengumumkan pelantikan Antonio Filosa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu.

29-05-2025
Berita Auto

Jenama Eurorepar Tawar Servis, Alat Ganti OEM Pada Harga Mampu Milik, Bakal Tembusi Pasaran Malaysia

Stellantis mendedahkan rancangan untuk memperkenalkan jenama selepas jualan pelbagai jenama miliknya, Eurorepar akan menembusi pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.

16-05-2025
EV

Leapmotor B10 Baru Dilancar, Sudah Terima Lebih 15,000 Tempahan

Leapmotor B10 ditawarkan pada harga bermula dari RM67,000.

12-03-2025
Global

Stellantis Rombak Struktur Pengurusan, Pencarian CEO Masih Diteruskan

Syarikat automotif global, Stellantis mengumumkan rombakan besar dalam struktur pengurusannya minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyederhanakan organisasi.

05-02-2025
Global

Stellantis Akan Ambil Alih Syarikat Pengeluar Sistem Transmisi Kereta, Punch Powertrain

Syarikat automotif global, Stellantis, mengumumkan pengambilalihan penuh Punch Powertrain.

30-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026