Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SUV Ranggi, GWM Tank 300 Masuki Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

1838490_115_4_29_800_533.jpeg


GWM Malaysia bakal memperkenalkan SUV 4x4 saiz sederhana, Tank 300, di Malaysia tidak lama lagi!


Awal minggu ini, GWM Malaysia berkongsi di laman Facebooknya mengenai pencapaian terbaru kilang penghasilan GWM Tank 300 setelah mengeluarkan unit yang ke-300,000 di China. Apa yang menariknya adalah keterangan di bawah foto tersebut yang memberi petanda bahawa model itu bakal tiba di negara kita tidak lama lagi. 



Ini sedikit sebanyak mengesahkan laporan yang pernah kami kongsikan sebelum ini mengenai rancangan GWM Malaysia  untuk memperkenalkan sub-jenama dan produk GWM lain di Malaysia. Buat masa ini, syarikat tersebut sudah mempunyai sub-jenama kenderaan elektrik (EV) ORA yang menampilkan ORA Good Cat dan model akan datang, ORA 07, diikuti oleh barisan SUV Haval dan rangkaian trak pikap Cannon.


Berdasarkan hantaran media sosial yang terkini, sub-jenama Tank di bawah GWM bakal membuat kemunculan di negara kita bermula dengan model Tank 300. SUV saiz sederhana ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya semasa acara  Auto Shanghai 2023 bersama-sama dengan model lain yang bersaiz lebih besar iaitu Tank 400 dan Tank 500 yang menggunakan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV)


clc04882t002j892pazzd9bar.jpg


Di pasaran luar negara, Tank 300 dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4 silinder 2.0 liter, atau sistem hibrid plug-in (PHEV) Hi4-T milik GWM.


Secara mekanikalnya, Tank 300 dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4 silinder 2.0 liter dengan kuasa 224 HP (227 PS) dan tork 397 NM. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik 8 kelajuan


Selain itu, versi PHEV turut ditawarkan dengan sistem PHEV Hi4-T yang sama seperti pada model Tank 400 dan Tank 500. Pakej trenkuasa ini menggunakan bateri 37.1 kWh yang memberikan jarak EV sehingga 105 KM (CLTC).


clc0496h1002n8d2k8r1pg4d0.jpg


Dari segi reka bentuk, GWM Tank 300 diberi sentuhan ranggi seperti Suzuki Jimny.


Buat masa ini, Tank 300 dijual dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Australia dan New Zealand. Di pasaran tersebut, model ini dilengkapi dengan rim aloi 17-inci. Sementara itu, ruang kabinnya pula sarat dengan teknologi seperti skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. 


Ciri penting lain adalah dua soket 12 volt, satu terletak di papan pemuka dan satu lagi di bahagian but.  Selain itu, terdapat port pengecas jenis USB untuk tempat duduk barisan pertama dan kedua. Kabin juga dilaporkan dilengkapi dengan set pencahayaan ambien.


clc048839002m8d2k24j4d281.jpgclc04881q002k8d2khf8562w3.jpg


Tank 300 dipasarkan dalam versi RHD di Australia dan New Zealand. 


clc04dz2u002l8a46bh9hhh3d.jpg


Di dalam kabin, varian tertinggi Tank 300 diberikan upholsteri kulit Nappa dan pelbagai ciri premium lain. 


Varian tertinggi Tank 300 yang ditawarkan di pasaran tersebut diberikan beberapa ciri premium yang termasuk penggunaan upholsteri kulit Nappa, pad pengecas tanpa wayar, sistem audio hi-fi 9 speaker Infinity serta set pencahayaan ambien dengan lebih banyak pilihan warna. 


Selain itu, tempat duduk hadapannya boleh dilaraskan secara automatik serta hadir dengan fungsi pemanasan, pengudaraan dan urutan. 


Berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan di pasaran Australia ini, kita boleh menjangkakan spesifikasi yang sama akan turut diberikan untuk pasaran Malaysia. 

7cad0a30-73eb-4a0b-9641-0cd2148efeee.jpg

Tag:

GWM Malaysia
GWM Tank 300 Malaysia
GWM Tank 300
GWM Tank
SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Berita Auto

GWM Haval H6 HEV

Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.

13-03-2026
Berita Auto

"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

07-03-2026
Berita Auto

Dalam Seminggu, 800 Unit Wey G9 Hi4 Sudah Ditempah

Tempahan WEY G9 Hi4 PHEV yang baharu sahaja dilancarkan telah mencecah lebih 800 buah dalam tempoh seminggu.

11-02-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV, Beli Demi Keselesaan

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik pertama MPV, GWM WEY G9 Hi4 PHEV dan diumumkan sebagai duta jenama Wey di Malaysia.

29-01-2026
Kereta Baru

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

29-01-2026
Berita Auto

GWM Malaysia Eksport GWM Wey G9 CKD Ke Thailand

GWM Malaysia melakukan penghantaran pertama GWM WEY G9 pemasangan tempatan ke Thailand, baru-baru ini.

26-01-2026
Berita Auto

MPV Mewah China, GWM WEY G9 CKD Mula Dipasang Di Kilang EPMB Melaka

GWM Malaysia dengan bangganya telah memulakan proses pemasangan tempatan (CKD) untuk model premium GWM WEY G9 di kilang EP Manufacturing Bhd (EPMB) di HICOM Pegoh, Melaka.

12-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026
Berita Auto

Bahang Melampau, Cermin Kereta Retak Sekelip Mata

Waspada bahang matahari! Lelaki kongsi detik cermin kereta retak hingga rugi ribuan ringgit, mujur insurans cover.

31-03-2026