Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota GR86 & Subaru BRZ 'Hilang' Dari Pasaran Eropah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-GR86-40th-Anniversary-4.jpgSubaru-BRZ-STI-Sport-2.jpg


Toyota GR86 dan Subaru BRZ telah dihentikan daripada pasaran Eropah.


Penduduk Eropah kini menyaksikan kematian dua buah lagi kereta sport setelah Toyota GR86 dan Subaru BRZ generasi kedua kini telah rasmi dihentikan. 


Menjawab emel daripada portal permotoran, Motor1, Toyota dan Subaru telah mengesahkan bahawa BRZ dan GR86 tidak lagi ditawarkan di benua tersebut.  


Sebagai respon kepada emel tersebut, Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Subaru, Jurgen Ehlenberger menyatakan bahawa BRZ telah dijadualkan untuk dihentikan jualannya di pasaran Eropah tahun ini. 


Sementara itu, Ketua Komunikasi Toyota Gazoo Racing, Patrick Scheelen memaklumkan bahawa Toyota akan mematuhi perancangan asal untuk menjual GR86 di Eropah hanya selama dua tahun, dan tempoh tersebut dijangka berakhir menjelang penghujung tahun ini.


Toyota-GR-86-(4).jpgSubaru-BRZ-SecondGen-(2).jpg


Selain GR86 dan BRZ, banyak lagi model lain yang telah dihentikan jualannya di Eropah ekoran peraturan emisi yang semakin ketat dan kemajuan kenderaan elektrik (EV) yang semakin pesat. Disebabkan Peraturan Keselamatan Am 2 (GSR2) baharu, GR86 dan BRZ perlu diperbaharui semula bagi mematuhi peraturan tersebut, bagaimanapun perkara tersebut dilihat mustahil untuk dilakukan Toyota dan Subaru dari sudut perniagaan.


Subaru-BRZ-SecondGen-(1).jpgToyota-GR-86-(1).jpg


Sekiranya Toyota bersetuju untuk merombak semula GR86 demi mematuhi peraturan yang ditetapkan, jenama Jepun itu menyatakan bahawa GR86 akan menjadi sebuah kereta yang berbeza, kerana sebarang usaha pengubahsuaian yang dilakukan pada coupe ini "akan memberi kesan buruk kepada ciri dinamik kereta."


2024-Mazda-MX-5-Roadster-ND3-7-1536x1024.jpg


Model lebih lama berbanding kedua-dua kereta sport Toyota dan Subaru ini, Mazda MX-5 Miata ND masih selamat daripada menerima nasib sama.


Walaupun berita ini menyedihkan ramai peminat Toyota dan Subaru di Eropah, mereka masih boleh membeli kereta sport Jepun lain yang tidak kurang menariknya, Mazda MX-5 Miata. 


Miata generasi terkini masih ditawarkan di Eropah walaupun roadster berprestasi tinggi itu merupakan model yang paling lama jika dibandingkan dengan GR86 dan BRZ. Diperkenalkan pada tahun 2014, buat masa ini, roadster tersebut masih boleh dibeli oleh penduduk benua Eropah. Lebih-lebih lagi kerana adanya perancangan untuk memperkenalkan banyak model edisi khas pada masa akan datang. 


Toyota-GR86-6MT-MBA-(1).jpgToyota-GR86-6MT-MBA-(2).jpg


Kami berpeluang untuk menguji Toyota GR86 terbaru dalam versi 6MT baru-baru ini!


Di Malaysia, Toyota GR86 dan Subaru BRZ generasi kedua masih dijual, dan kedua-duanya ditawarkan dalam versi transmisi 6AT dan 6MT. Baru-baru ini, CariCarz.com berpeluang untuk menguji kemampuan GR86 6MT, nantikan ulasan terperinci yang akan kami kongsikan tidak lama lagi. 


Tag:

Toyota GR 86
Subaru BRZ
Toyota Eropah
Subaru Eropah
Mazda MX-5 Miata
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-12-2022
Global

03-11-2022
Berita Auto

27-10-2022
Global
Berita Auto

Toyota 86 Tak Cukup Bagus? GR 86 Adalah Penyelesaiannya!

GR 86 telah diperkenalkan kepada orang ramai secara dalam talian semasa acara TOYOTA GAZOO Racing (TGR).

03-05-2021
Global

01-01-2026
Global

17-11-2025
Berita Auto

02-11-2024

Berita Terkini

Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026