Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bangladesh minat PROTON X90, 29 Unit Sudah Didaftar

Suhana Veru

Kongsi melalui

Group-Photo.JPG

PROTON X90 akhirnya memasuki pasaran eksport apabila ia dilancarkan secara rasminya di Dhaka, Bangladesh pada bulan lepas. 

Pengedar eksklusif dan rakan kongsi perniagaan PROTON di Bangladesh ialah RANCON Holdings Berhad.

Proton-X90-debut-in-Bangladesh.jpg

Untuk itu, varian X90, Flagship dengan enam tempat duduk dan Premium dengan tujuh tempat duduk, ditawarkan kepada pembeli dalam pasaran eksport keempat untuk model itu.

Sehingga kini, 25 unit telah didaftarkan dalam tempoh kurang daripada dua minggu selepas pelancarannya.

Bercakap kepada media semasa pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, “PROTON yakin RANCON Holdings adalah rakan kongsi yang sempurna untuk PROTON berjaya di Bangladesh.

Dr-Li-Chunrong-introducing-the-features-of-Proton-X90-to-HE-Haznah-Md.-Hashim.jpg

“Mereka sudah pun menubuhkan rangkaian jualan dan selepas jualan dan akan melabur untuk membina barisan pembuatan untuk memasang kenderaan Proton secara tempatan pada masa hadapan. 

“Dengan lebih banyak tawaran dalam perancangan, serta komitmen kami untuk menyokong semua aspek perkongsian, kami menyasarkan untuk menjadi jenama 3 teratas di Bangladesh dalam tempoh tiga tahun, “ katanya.

Majlis itu dirasmikan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh,Haznah Md. Hashim.

Proton-X90-(1).JPG

Untuk makluman, komponen penting untuk PROTON mencapai sasaran tinggi di Bangladesh ialah penubuhan barisan pemasangan.

Chunrong berkata, selain daripada membenarkan produknya layak untuk kadar cukai yang lebih rendah, kilang baharu juga menggalakkan pembangunan pekerja tempatan mahir sambil membangkitkan ekosistem vendor melalui pemindahan teknologi.

Buat masa ini, operasi disasarkan bermula seawal 2024, dengan piawaian pengeluaran yang ketat dikuatkuasakan bagi memastikan output sepadan dengan kualiti kenderaan yang dibina di Tanjung Malim.

Tambah beliau, bagi  memastikan kualiti produk di pasaran eksport yang dipasang secara tempatan adalah standing dengan kenderaan yang dibina di Malaysia, PROTON bersandar pada pengalamannya menggunakan Volvo Global Quality Standard, yang telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti produk.

"Kami sedar bahawa terdapat banyak cabaran di hadapan untuk mencapai tahap ini dan untuk perkongsian ini mencapai matlamatnya, tetapi kami yakin bahawa bersama rakan kongsi kami, jenama Proton mampu melakar kejayaan di Bangladesh,” ujarnya.

Selain X90, Proton X70 juga ditawarkan di Bangladesh dan dengan lebih banyak tempahan yang telah disahkan dalam perancangan, PROTON yakin bahawa Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pertama mereka dapat mencipta niche pasaran sebelum operasi pemasangan tempatan (CKD) bermula akhir tahun ini.


Tag:

Proton X90
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Haoyue L Dilancar Di China, Adakah Generasi Seterus Proton X90 Akan Menyerupai Model ini?

Geely, telah mengemas kini model SUV Haoyue L yang merupakan generasi keduanya di pasaran China.

28-11-2025
Berita Auto

Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac

Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.

01-03-2025
Berita Auto

Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini

Proton dedah perancangan untuk 2025 serta sasaran jangka panjang syarikat.

23-01-2025
Berita Auto

Proton Meterai Kerjasama Dengan ANSA Motors

Proton X90 dan Proton X50 laku keras di negara kepulauan Caribbean.

23-08-2024
Berita Auto

2024 Baru Bermula, Proton Dah Jual 12,882 Unit Kereta! Terbaik Sejak 2013

Tahun 2024 baru sahaja bermula dan Proton telah mencatatkan prestasi yang membanggakan. Ini prestasi jualan setiap model...

05-02-2024
Teknologi

Model Mana Yang Ada AACP? Kena Tunggu Pengumuman

Proton mengesahkan bahawa pihaknya akan menyediakan sokongan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay (AACP) untuk beberapa model keretanya, mulai tahun ini.

04-02-2024
Berita Auto

Model PROTON Tepati Citarasa Orang M'sia?

Siapa kata jenama PROTON tak laku, anda salah besar.

03-01-2024
Berita Auto

Proton X90 Laris Di Luar Negara, Kini Tembusi Tiga Pasaran Eksport

Proton X90 baharu kini dijual di tiga pasaran eksport luar negara.

22-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026