Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia SUV Elektrik "2U Chat"?

Suhana Veru

Kongsi melalui

web_CariCarz_AS_Spyshot_2U-Chat-EV_Malaysia_-1.jpg

Pada awal pagi tadi, kami sempat merakam beberapa imej model baharu versi elektrik, yang masih belum dilihat di Malaysia sebelum ini.

CariCarz.com mengesan kehadiran model baharu ini di Seri Kembangan ketika pasukan kami dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas selesaikan sesi penggambaran untuk Mazda CX-5 2.2D High.

web_CariCarz_AS_Spyshot_2U-Chat-EV_Malaysia_-2.jpg

Berdasarkan tangkapan layar dari kamera papan pemuka Mazda, ia mendedahkan beberapa maklumat yang menarik.

Menurut Google Lens, iaitu aplikasi yang membantu pengguna untuk mengenal pasti sesuatu maklumat menerusi imej menunjukkan  bahawa ia adalah Chery/Aiqar eQ7.

Bagaimanapun, jurugambar kami yang sempat merakam beberapa imej yang turut  menunjukkan bahawa EV itu tidak membawa sebarang logo Chery di bahagian hadapan mahupun belakang.

Sebaliknya ia menggunakan perkataan ‘2U Chat’, satu jenama yang masih belum didengar sebelum ini.

Perkara ini menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam sehingga membuatkan kami menggodam internet untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ayat ‘2U Chat’.

Apa yang kami peroleh ialah EV ini diperoleh daripada firma Australia bernama Brighsun EV Group, yang dibangunkan oleh firma teknologi yang berpangkalan di Malaysia, Greenpro Capital Corp.

Kedua-dua firma ini sebenarnya berkecimpung dalam teknologi block chain. 

Berbalik kepada EV ini, info yang digali ini sebenarnya mendedahkan lebih banyak maklumat menarik.

Kami mendapati satu laman web untuk EV  ini yang dibangunkan oleh Brighsun EV Group menunjukkan bahawa model ini menggunakan teknologi  solid state battery (SSB) yang menjanjikan pergerakan sejauh 1000 kilometer dengan hanya sekali cas.

2U-Chat-EV-1.jpg

Selain itu, apa yang kami dapati ialah unit ini adalah pemanduan sebelah tangan kiri (kiri) dimana sudah pastinya ia bukannya untuk pasaran kita.

Ada juga kemungkinan ia adalah Chery eQ7 atau Aiqar namun semuanya  bergantung pasaran yang akan ditembusi.

Namun versi Chery ini kelihatan sama tetapi ia menawarkan jarak pergerakan dan teknologi bateri yang lebih bersifat sederhana.

2U-Chat-EV-2.jpg

Ia sudah dilancarkan di China pada September lalu dimana Chery eQ7 menggunakan bateri  lithium iron phosphate (LFP) dan ia hadir dalam dua kapasiti: - 53.87 kWj atau 67.12 kWj.


Bateri yang berkapasiti 53.80 kWj menjanjikan pergerakan sejauh 412 kilometer manakala satu lagi sejauh 512 km.

Difahamkan, Chery masih belum menawarkan EQ7 dalam pemanduan sebelah tangan kanan namun ia dilaporkan sudah bersedia untuk  menembusi pasaran di Filipina.

Ini sahaja yang kami temui tentang jenama 2U Chat. Jadi, jika anda mempunyai info mengenai model ini, jangan lupa kongsikan komen anda di bawah ruangan komen ini!


Tag:

Chery eQ7
Aiqar eQ7
Chery Malaysia
spyshot
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

SUV EV Chery eQ7 Dikemas Kini, Mula Dipasarkan Di China – Teknologi Kabin & Keupayaan Bateri Dipertingkat

Chery baru-baru ini melancarkan versi terkini model SUV elektrik (EV) eQ7 untuk tahun 2025.

26-08-2024
Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Berita Auto

Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global

Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.

19-05-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026

Berita Terkini

EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026