Link Copiedcheck_circle
Global

"Langsung Tak Sama!" – Khemah Tesla Cybertruck Lebih RM14K Ini Buat Pembeli Bengang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-11-Cybertruck-Khemah-Realiti.png

Tesla Cybertruck dipasarkan sebagai sebuah trak futuristik dengan pelbagai aksesori menarik, salah satunya ialah khemah yang boleh dipasang di bahagian belakang trak.


Bagi yang selalu mengikuti perkembangan Tesla Cybertruck, mungkin anda tahu tentang aksesori tambahan menarik yang pernah digembar-gemburkan terutamanya pemasangan khemah pada badan jentera.


Antara konsep pemasangan khemah pada Tesla Cybertruck yang pernah didedahkan sebelum ini: 


Khemah-Cybertruck-Futuristik-11.jpeg


Khemah-Cybertruck-Futuristik-2.jpeg


Menarik bukan ‘gambaran’ pemasangan khemah yang kelihatan futuristik pada Cybertruck? Malangnya, jurang perbezaan antara gambaran dan realiti sebenar adalah seperti langit dan bumi.


Salah satu aksesori khemah yang ditawarkan di pasaran ialah Basecamp yang dijual pada harga AS$3,000 atau kira-kira RM14,059


Cybertruck-Khemah-Realiti.png


Khemah yang langsung tidak kelihatan kemas atau futuristik. (Foto: Cybertruck Owners Club)


Sebaik pembeli menerima aksesori khemah tersebut, kualiti yang diterima langsung tidak mencerminkan jumlah yang dibayar. Tempahan khemah Basecamp yang mengecewakan itu dibuka untuk tempahan selepas Tesla mempertontonkan Cybertruck versi pengeluaran hujung tahun lalu.


BUKAN SETAKAT ITU…


Selain dijual pada harga yang tidak masuk akal (untuk kualiti yang mengecewakan), Tesla juga meminta pembeli untuk membawa Cybertruck mereka ke Pusat Servis Tesla bagi memasang kelengkapan khas tambahan, rel, pada ruang kargo sebagai tapak bagi khemah yang akan dipasang. 


Baca: Tesla Cybertruck Mula Dihantar, Walaupun Banyak Isu?


Khemah-Cybertruck-3.jpeg


Khemah-Cybertruck-1.jpegKhemah-Cybertruck-2.jpeg


Salah satu foto yang dikongsikan di forum pemilik Tesla Cybertruck (Foto: Cybertruck Owners Club)


Kemudian, pengguna perlu ‘menggodek’ sendiri skru yang ada untuk memasang khemah. Menurut salah seorang pemilik khemah Cybertruck, “Untuk menanggalkan [skru khemah] sebanyak beberapa kali tidaklah teruk, tetapi pengalaman menanggalkan skru dan kemudian memaksa Aeroflap untuk keluar, satu pengalaman yang langsung tidak premium.”


FUNGSI YANG TIDAK WUJUD


Masalah tidak terhenti di situ, Tesla turut menjanjikan “Tent Mode,” atau mod khemah yang diuar-uarkan sebagai sebagai satu fungsi canggih yang membolehkan penyeimbangan badan kenderaan berlaku secara automatik apabila melalui jalan yang curam. 


Baca: Tesla Akan Tawar Cybertruck Untuk Pasaran Malaysia?


Komen penulis: Dengan harga RM14,059, rasanya dah boleh dapat peralatan perkhemahan yang lengkap.

Sumber: Cybertruck Owners Club

Tag:

Tesla Cybertruck
Tesla
Basecamp Tesla
Khemah Tesla Cybertruck
Khemah Cybertruck
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

12-03-2025
Berita Auto

07-06-2024
EV

08-04-2024
EV

02-04-2024
Gaya Hidup

18-03-2024
EV

01-12-2023

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026