Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pakej 'Extra Peace of Mind' Chery M'sia: Servis Komprehensif 7 Tahun, Waranti Enjin 10 Tahun

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-Chery-ExtraPieceofMind-Package.jpg


Chery Malaysia perkenalkan pakej servis baharu 'Extra Peace of Mind’ untuk pengalaman pemilikan tanpa kerisauan.


Chery Malaysia memperkenalkan pakej servis dan jaminan baharu 'Extra Peace of Mind'. Pakej ini disediakan untuk membantu pemilik menjaga kenderaan agar kekal dalam keadaan optimum buat jangka masa yang lama, khas bagi model baharu, Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro.



Chery-Tiggo8Pro-Rolling-12.jpgChery-OMODA5-H-EXT-28.jpg


Pakej servis dan jaminan baharu ini ditawarkan eksklusif untuk model Tiggo 8 Pro (kiri) dan Omoda 5 (kanan).


Dengan bayaran tambahan RM11,600, pelanggan dapat menikmati khidmat penyelenggaraan selama 7 tahun yang komprehensif, merangkumi penukaran alat ganti atau bahagian yang berjadual seperti minyak enjin, penapis minyak enjin, penyejuk radiator, minyak brek, penapis udara, palam pencucuh, pencuci minyak enjin dan minyak transmisi.


CariCarz_Web_Chery-Dealership_Cheras.jpg


Dengan pakej ini, pelanggan hanya perlu membawa kenderaan ke mana-mana pusat servis Chery yang sah di seluruh negara tanpa dikenakan sebarang caj untuk alat ganti, upah buruh atau yuran perkhidmatan. 


Pelanggan juga tidak perlu risau tentang kualiti perkhidmatan yang akan diberikan, kerana setiap pusat servis Chery di Malaysia hanya menggunakan alat ganti asli daripada Chery untuk semua kerja penyelenggaraan bagi memastikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada semua kenderaan Chery di Malaysia.


Chery-Tiggo8Pro-Ext-2.jpgChery-Tiggo8Pro-Ext-27.jpg


Selain servis komprehensif selama 7 tahun, pakej ini juga adalah termasuk jaminan selama 10 tahun/1 juta km untuk enjin.


Selain itu, Pakej Extra Peace of Mind juga termasuk jaminan enjin selama 10 tahun atau 1 juta km. Sebelum ini, jaminan enjin ini ditawarkan sebagai pakej perlindungan tambahan dengan bayaran sebanyak RM2,000 atau percuma bagi mereka yang membuat tempahan awal bagi kedua-dua Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro. 


Pakej Extra Peace of Mind yang menawarkan khidmat penyelenggaran komprehensif dan jaminan enjin yang lebih lama ini turut memberi manfaat kepada pemilik Chery terpakai selagi masih di dalam tempoh jaminan, secara tidak langsung, dapat membantu mengekalkan nilai jualan semula kereta Chery. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Extra Peace of Mind oleh Chery Malaysia, anda boleh layari laman web rasminya atau kunjungi mana-mana cawangan pengedar Chery di seluruh negara.

Chery-Tiggo8Pro-Ext-15.jpg

Tag:

Chery Malaysia
Chery Extra Piece of Mind
Pakej Extra Piece of Mind
Waranti Chery Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.

29-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru
Pendaftaran Minat  Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Berita Auto
Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global

Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global

Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.

19-05-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Berita Auto
Chery  Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini  Jawapannya

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026